Siapa Sebenarnya Yang Mahu Bankrapkan Proton?

TUDUHAN yang dilemparkan oleh Tun Dr mahathir Mohammad kini dilihat memberi kesan buruk terhadap beliau sendiri. Beliau seolah-olah lupa atau buat-buat lupa terhadap segala dosa-dosa beliau kepada rakyat dan negara.

Baru-baru ini Mahathir mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu “bankrapkan” industri automobil negara. Beliau menggunakan alasan bahawa Najib cuba menghalang kakitangan Proton Holdings Berhad (Proton) daripada menjalinkan kerjasama dengan kumpulan yang menyokong Dr Mahathir.

Menurut beberapa sumber, kerugian yang dialami oleh Proton sejak beberapa tahun yang lepas berpunca daripada “kerjasama” syarikat tersebut dengan kumpulan yang menyokong Mahathir. Urusniaga berat sebelah tersebut hanya menguntungkan “orang” Mahathir semata-mata. Mereka dikatakan mengaut keuntungan melampau yang memaksa proton menanggung kerugian besar.

Kita perlu ingat juga bahawa kerugian tersebut berlaku di zaman Mahathir menjadi penasihat dan pengerusi Proton.  Jadi siapa sebenarnya yang cuba “bangkrapkan” Proton?

Demi untuk menyelamatkan Proton, kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah  “bail out” Proton sebanyak RM 1.5 bilion. Jadi sekarang, siapa sebenarnya yang selamatkan Proton?

Dalam usaha untuk memastikan kesinambungan Proton maka urus tadbir Proton perlulah dibaikpulihkan dengan mengasingkan semua “penyakit” atau “punca” yang mendatangkan masalah kepada perniagaan syarikat tersebut.

Perlukah Proton terus bergelumang dengan “masalah” yang tidak berpenghujung atau adakah bijak membawa Proton keluar dari masalah yang dibawa oleh “kumpulan yang menyokong Mahathir” ? Mana-mana perniagaan yang bermasalah perlu dipulihkan dengan betul. Mahathir perlu memberi peluang kepada Proton “bernafas” semula.

Pada 30 Mac lalu, Dr Mahathir mengambil langkah drastik apabila bertindak meletakkan jawatan sebagai pengerusi Proton kerana tidak mahu menjadi punca kepada ketidakmampuan syarikat kereta nasional itu untuk kembali pulih “kerana kehadirannya”. Oleh itu, Mahathir sepatutnya tidak lagi campurtangan dalam urusan syarikat tersebut.

Apa yang pasti, tuduhan Mahathir bahawa Najib mahu bankrapkan Proton langsung tidak berasas. Lupakah beliau bahawa ketika Proton mengalami kerugian teruk, Mahathir adalah penasihat dan pengerusi Proton? Jika kerajaan mahu bankrapkan Proton, kenapa pula mereka bersusah payah “bail out” Proton sebanyak RM1.5 bilion?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana