Siapa Kah Syarikat Itu!!!!!!Tamatkan kontrak syarikat terlibat Bersih 5 - Pemuda UMNO

Mana-mana syarikat yang bergantung harap kepada kerajaan tetapi terlibat dengan Bersih 5 yang dijadualkan berlangsung November ini, perlu diberhentikan kontrak serta-merta, kata Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Menurutnya jika mereka bersedia untuk turun ke demostrasi jalanan bagi menentang kerajaan, seharusnya mereka juga bersedia kontrak syarikat mereka bersama kerajaan ditamatkan.

"Ini bukan isu hak peribadi, ini isu mempertahankan sistem demokrasi bagi menjaga hak majoriti rakyat yang sudah memilih kerajaan secara sah. Jika mereka merasakan mereka ada hak untuk berdemostrasi, maka Kerajaan Persekutuan juga ada hak untuk memastikan gerakan menjatuhkan kerajaan ini tidak dijalankan.

"Setiap kita ada peranan untuk menjaga keamanan negara, syarikat-syarikat ini yang mewah dan menikmati limpahan keuntungan daripada kestabilan negara dibawah Kerajaan Persekutuan perlu diberi amaran agar sama-sama menjaga kepentingan negara," katanya kepada Agendadaily.

Mohd. Razlan turut berkata beliau mempunyai bukti yang banyak terdapat syarikat yang mengambil kontrak atau kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan terlibat secara langsung dalam Bersih yang lepas.

"Kerajaan hari ini perlu jelas dalam mempertahankan sistem demokrasi berparlimen yang dipilih oleh rakyat pada pilihan raya umum. Oleh itu, rakyat perlu pandai menjaga kepentingan kerajaan yang telah dipilih.

"Kepada peserta Bersih, mereka harus bersedia menerima kesan daripada tindakan mereka.

"Kerajaan Persekutuan tidak  perlu lagi berlembut dengan mereka yang terang-terangan mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada. Kerajaan perlu sedar bahawa kerajaan inilah yang selama telah membantu mereka, dan kerajaan inilah yang ingin mereka jatuhkan!," katanya lagi.

Tambah beliau, pihaknya akan menggerakkan rangkaian anak muda bandar media sosial di dalam Pemuda Wilayah Persekutuan bagi mengumpul data mereka yang terlibat dalam perhimpunan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, Pengerusi Bersih 5, Maria Chin Abdullah  berkata pihaknya akan menganjurkan Perhimpunan Bersih 5, pada hari Sabtu,  19 November depan.

Berselindung disebalik tuntutan pilihanraya, Bersih merupakan NGO pro pembangkang yang saban tahun membuat perhimpunan di Kuala Lumpur.

Antara lain yang dituntut pada  perhimpunan Bersih 5 nanti adalah kesinambungan daripada perhimpunan Bersih 4 iaitu pembaharuan institusi yang dilihat mengganggu ketelusan proses siasatan isu 1MDB.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana