Siapa berani kata Bersih berkecuali….- tanya Annuar Musa

Ketika pembangkang dan mereka yang sewaktu dengannya mempersoalkan tindak tanduk kumpulan Baju Merah pada Sabtu lalu ‘ganggu’ konvoi untuk promosi himpunan Bersih 5.0 yang akan diadakan pada 19 November,Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa melontar pandangan beliau mengenai hal ini.

Ini semasa beliau menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur Isnin mengenai dakwaan kononnya kumpulan itu ditaja oleh UMNO.

Konvoi Bersih dilapor diganggu oleh kumpulan Baju Merah yang bermotosikal di Lumut.Juga berlaku kekecohan bila berlaku pertembungan antara dua kumpulan itu di Teluk Intan.

Annuar bertanya: ‘Adakah kerana mereka mat rempit atau baju merah mereka tidak berhak sampaikan perasaan hati mereka..dan andaikan mereka diupah dan yang Bersih tidak diupah.

Beliau memberitahu soal kumpulan Baju Merah itu tidak pernah dibincang dalam mesyuarat UMNO, dalam Majlis Tertinggi UMNO maupun dalam mesyuarat pengurusan UMNO.

“Tetapi tidak ada yang boleh halang mana-mana ahli UMNO yang nak pakai baju merah untuk menyuarakan pandangan mereka dalam sebuah negara yang ada undang-undang

Kalau salah dari segi undang-undnag maka salahlah...jika tidak...tidaklah,'katanya.

Namun tegasnya untuk dakwa semestinya mereka ditaja oleh UMNO…jawabnya tidak.

Annuar kata jika betul UMNO nak buat himpunan ia tidak setakat 3,000 atau 5,000 orang saja menyertainya.

‘Kalau UMNO nak buat kita turunkan 100,000.Bukan kerja UMNO nak berdemonstrasi tetapi ahli-ahli UMNO secara individu mereka punyai hak perasaan dan punyai sentimen masing-masing.

‘Maka apa yang mereka lakukan itu adalah pilihan mereka.

“Bagi saya… saya hormati sesiapa saja rakyat yang nak tunjuk rasa.

“Bila kata (bertindak) agresif...kita rujuk pada undang-undang lah,'katanya.

Bercakap mengenai isu agresif,Ketua Penerangan UMNO itu membangkitkan mengenai perbuatan agresif yang pernah ada Ahli Parlimen pembangkang gigit telinga polis.

‘Itu individu ….bukan parti itu jenis makan telinga orang.Tak kan saya nak panggil parti itu parti makan telinga orang kerana seorang pembesarnya gigit telinga…itu perangai agresif satu orang.

Begitu juga yang lain-lain…so let be fair.

‘Kita tidak galak perbuatan langgar undang-undang,”katanya.

Menurut Annuar di luar sana ada orang yang merasa tidak wajar mengenai sesuatu sama seperti mereka yang merasa tidak puashati terhadap kerajaan.

‘Undang-undang tak kenal baju merah atau baju kuning.

‘Kita terlalu banyak prejudis…bila buat kerja Bersih…semuanya elok…elok ke ganggu keamanan orang ramai…pergi ke jalan-jalanraya dakwa pilihanraya negara ini tak bersih.

‘Ada banyak cara lain.

‘Saya yakin Bersih buat bukan kerana rakyat Malaysia…Bersih buat bukan nak cari keadilan…Bersih buat sebab nak cari jalan bantu pembangkang.

‘Siapa yang berani kata Bersih adalah berkecuali

Annuar berkata tanya sesiapa saja orang atas jalan. ‘Dia tahu Bersih itu siapa.Atas nama NGO tapi alat strategi parti pembangkang.Ini mainan yang kita tahu.Rakyat juga tahu.

‘Semua kena tertaklok pada undang-undang sama,”ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana