Siapa agaknya ‘pemimpin lama’ yang PM kata pecahkan lagi perpaduan umat…?

Datuk Seri Najib Tun Razak membidas ‘ seorang pemimpin lama’ yang selepas bersara menyukarkan usaha ke arah perpaduan umat di negara ini – orang Melayu dulu tiga kumpulan kini sudah jadi lima.

Sekalipun tidak menyebut nama sesiapa namun rasanya semua orang boleh agak siapa yang beliau maksudkan.

Najib berkata tabiat pemimpin itu suka berkelahi, bersikap hipokrit, sekejap memfitnah orang lain, kemudian berbaik-baik.

"Inilah yang mengakibatkan orang Islam di negara ini begitu sukar untuk bersaudara.

"Beliau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya sedangkan beliau sendiri tidak terlepas daripada tuduhan seperti pernah dipanggil kepala perompak, tetapi semua orang tahu bahawa saya bukanlah orang yang pertama beliau aniayai," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam menerusi laman blognya www.najibrazak.com bertajuk 'Ucapan Perdana Menteri mengenai perpaduan umat Islam' Jumaat.

Perdana Menteri berkata pemimpin Islam mempunyai tanggungjawab berat dalam menyatupadukan umat seperti yang termaktub di dalam al-Quran.

Perdana menteri berkata umat Islam adalah bersaudara dan kerana itu beliau cuba berbaik-baik dengan parti yang majoriti ahlinya orang Islam walaupun cara politik mungkin berbeza.

"Malangnya, terdapat seorang pemimpin lama yang menyukarkan usaha ke arah perpaduan umat dilaksanakan.

"Sepanjang pentadbirannya, orang Melayu Islam di negara ini pecah kepada tiga parti atau kumpulan," katanya.

Menjelas lanjut, katanya pemimpin itu selepas bersara, telah memecahkan lagi orang Melayu Islam kepada lima dengan menubuhkan sebuah parti baharu.

Perdana menteri berkata ramai yang pernah menjadi mangsa pemimpin itu dahulu, dipungut balik demi politik pada waktu-waktu tertentu.

"Saya dengan penuh rasa rendah diri menyeru kepada semua, sudah-sudahlah kita berkelahi. Marilah kita kembali bersaudara dan membentuk umat yang kuat dan berjaya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana