Shafie Tak Sokong Usul Hadi

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal memilih untuk tidak menyokong usul hudud Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika ia dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.

Bekas naib presiden Umno itu berkata, pendiriannya berhubung perkara itu sama seperti Sarawak.

"Biar jelas, saya tidak akan menyokongnya," kata Shafie kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.

Beliau juga berkata bahawa kerajaan perlu untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Sabah.

Shafie merujuk kepada Rang Undang-Undang Persendirian yang akan dibentang Abdul Hadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).

BN Sarawak telah berkata bahawa mereka tidak akan menyokong usul Hadi, iaitu Rang Undang-Undang Ahli Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).

Setakat Rabu, perundangan itu berada di nombor tujuh aturan mesyuarat sidang Dewan Rakyat.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment