Semua belakang kira…Muhyiddin pula jumpa Anwar

Bab salah meliwat sudah belakang kira walaupun terkutuk dari sudut moral dan agama .Politik punya pasal segalanya kira bisa diatur.

Lainlah kalau setakat tahanan politik.Sebaliknya ini adalah kesalahan jenayah yang diputuskan oleh mahkamah.

Drama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk catur kedudukan dalam arina politik puak pembangkang jalan terus.

Setelah Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 September lalu  untuk bagi sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim…Rabu Tan Sri Muhyiddin Yassin pula ikut jejak.

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Presiden UMNO yang kini mengetuai PPBM  jumpa Anwar masa penyelesaian kes saman Utusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Di situ beliau telah bertemu dan berbincang selama 30 minit di bilik saksi dengan Anwar yang kini jalani hukuman penjara kerana bersalah meliwat.

Ditemtu wartawan kemudian,Muhyiddin berkata sebagai Presiden PPBM penting untuk dirinya berjumpa Anwar bagi menjalin kerjasama bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

"( Saya datang) Beri sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar dalam perbicaraan yang sedang berjalan. Dah lama tak jumpa.

Beliau bagaimanapun enggan huraikan butir-butir apa yang dibicang dengan Anwar.

Anwar pula ketika ditemui wartawan  kata beliau alu-alukan kehadiran Muhyiddin dan akan minta PKR dan Pakatan Harapan berbincang dengannya untuk adakan kerjasama.

Katanya perbincangan mereka adalah mengenai usaha tingkatkan kerjasama bersama Pakatan Harapan dan PPBM  dan supaya dapat berunding dengan semua parti-parti pembangkang.

Baru-baru ini pimpinan Pakatan Harapan telah menolak cadangan Dr Mahathir namakan Muhyiddin calon Perdana Menteri jika pembangkang menang pilihanraya umum ke 14.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana