Selepas PKR Sabah lumpuh, ini reaksi Wan Azizah

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail nyata tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya selepas PKR Sabah sudah lumpuh ekoran tindakan bekas Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin mengumumkan keluar parti semalam.
wan azizahWan Azizah menyatakan kesal dengan tindakan ahli parti yang meninggalkan dan keluar parti, namun memahami langkah Lajim itu bagi memberi tumpuan di Sabah dalam berkempen untuk menentang Barisan Nasional (BN).
“Amalan ahli Parlimen atau Adun yang meninggalkan parti tidak boleh dibiarkan. Saya mengharapkan yang terbaik buat mereka yang memilih untuk meninggalkan parti di Sabah.
“Saya yakin bahawa mereka akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan Sabah untuk memastikan kerusi satu sama satu di semua kerusi Dun dan Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Beliau juga turut berterima kasih kepada pemimpin negeri yang tetap berpegang teguh dengan PKR.
“Semua 26 bahagian kami di negeri ini termasuk Labuan kekal kukuh dan berfungsi kerana hanya pemimpin individu yang meninggalkan parti tetap memihak kepada pembangkang.
“Keadilan Sabah akan terus menerajui persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Persekutuan yang dijangka kurang dari setahun lagi,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, beliau turut bercadang untuk membawa parti itu untuk menjadi daya penggerak yang menyatukan semua kuasa menentang BN di Sabah dan di tempat lain.
“Keadilan merupakan satu-satunya parti yang membawa setiap bangsa dan setiap kumpulan di atas platform yang berbilang kaum dan progresif serta satu-satunya parti dalam sejarah Malaysia punyai wakil rakyat di setiap negeri dan setiap etnik,” katanya.
Semalam, Lajim bersama-sama dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah mengumumkan keputusan mereka keluar parti berpengkalan di sememanjung itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana