Sejak bila Australia buat seluar dalam bendera Malaysia...?

Kumpulan penonton warga asing yang memakai seluar dalam bendera Malaysia semasa perlumbaan Formula Satu Grand Prix semalam beli pakaian itu di Australia, kata polis hari ini.

Yang peliknya siapa yang buat dan apa tujuan buat seluar dalam bendera Malaysia itu...?

Sebelum ini tidak pernah dengar wujudnya seluar dalam bendera Malaysia, kalau adapun baju dan yang seumpama dengannya.

Bagaimanapun sejak isu ini meletus... difahamkan bukan sahaja bendera Malaysia, memang ada kedai di Australia yang juga seluar dalam negara lain termasul Jepun, US, Perancis dan macam-macam lagi.

Harga pula untuk seluar dalam bendera negara ini adalah RM174 atau AUD$55.

Persoalan yang timbul apakah kumpulan tersebut mahu menghina sebuah negara yang berdaulat kerana mereka memakainya di Malaysia?

Kesemua sembilan mereka dipercayai rakyat Australia ditahan polis di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan menghina bendera negara.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, hasil ujian alkohol mendapati kesemua suspek bertindak sedemikian akibat mabuk.

"Semua rakyat asing itu akan ditahan sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya mereka berusia antara 25 dan 29.

"Siasatan awal mendapati seluar dalam terbabit dibeli di Australia. Malah hasil pemeriksaan di bilik hotel penginapan mereka juga tidak mempunyai sebarang bukti bahawa seluar terbabit dibeli di negara ini," katanya.

Abdul Aziz berkata, kumpulan itu ditahan pada jam 5 petang pada hari yang sama sejurus selepas kejadian itu.

Semua mereka direman empat hari bermula hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Sejak petang semalam, gambar sekumpulan lelaki warga asing dikatakan penonton di SIC yang memakai seluar dalam Jalur Gemilang menjadi viral di media sosial Facebook.
Kelakuan mereka itu mengundang perhatian penonton lain yang turut berada di situ.

Tindakan mereka juga mengundang kemarahan dan kecaman pengguna laman sosial yang menyifatkan itu sebagai satu penghinaan serta tidak menghormati negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana