Satu lawan satu adalah perangkap untuk PAS...

Blok pembangkang memomokkan bahawa strategi 1 lawan 1 boleh menumbangkan BN. Siapa yang dapat menumbangkan BN tanpa PAS? Andai PAS bersama dengan mereka, di mana mereka letak PAS selepas pilihanraya?

Awal-awal lagi jawatan PM difaraidkan antara PKR dan BERSATU; antara Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin.

Bagi mereka, andai PAS mendapat kerusi terbanyak pun, pakatan pembangkang tidak bersedia untuk berPMkan seorang ulama dari PAS.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan pembentukan kabinet bayangan pakatan pembangkang akan diumumkan pada November nanti. Cantik benar usaha mereka.

Nanti kita boleh lihatlah di mana kedudukan ulama-ulama dan pemimpin PAS.

Rakyat boleh tengok komposisi kaum dalam kalangan menteri. Di mana mereka letak Lim Kit Siang dan di mana pula mereka letak Tuan Guru Haji Hadi.

Saifuddin juga memaklumkan bahawa perbincangan telah dibuat antara Pakatan Harapan, Bersatu dan PAS. Inilah satu kenyataan sebelah pihak yang boleh dipertikaikan. Adakah itu satu pertemuan rasmi atau hanya perbincangan santai kedai kopi?

Berdasarkan senario semasa, sewajarnya PAS memutuskan pendirian muktamad untuk kekal kejap membawa Gagasan Sejahtera selewat-lewatnya hujung November.

Ini membolehkan PAS dan IKATAN serta parti lain yang akan bersamanya nanti mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan calon dan jentera perang.

Penulis kekal bersetuju dengan pendapat yang mencadangkan PAS mengadakan MoU dengan UMNO sekurang-kurangnya  di Pulau Pinang dan Kelantan.

Serentak dengan itu penulis mencadangkan pakar-pakar strategi dan penyelidikan PAS membuat kajian terperinci tentang baik-buruk pertandingan 1 lawan 1 dan pertandingan pelbagai penjuru.

Ada kebarangkalian yang besar secara umumnya pertandingan pelbagai penjuru lebih baik bagi PAS buat masa ini.

Konklusinya  ialah tulisan ini bermotif untuk menjadikan PAS sebagai pemimpin dalam pembentukan sebuah negara berkebajikan.

Tanpa mengikut rentak dan telunjuk mana-mana pihak, PAS kini sudah ada suara yang merdeka. Mengambil kata-kata keramat sasterawan masyhur Allahyarham Usman Awang, PAS kini tidak lagi berjiwa hamba.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana