Sanggup PKR, PPBM ‘Putus Cinta’ Dengan DAP?

Nampaknya PAS makin tegas. Terbaru, kenyataan Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hasan Tantawi meninggalkan ‘bekas’ yang agak ‘dalam’ terhadap Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Azmin Ali. Jika dilihat pada gaya respon beliau, serba salah juga dibuatnya.

Azmin seperti yang kita tahu sebelum ini dilihat cenderung pada PAS. Maklumlah, dia terhutang budi pada PAS yang mencalonkan namanya menjadi Menteri Besar di negeri terkaya itu. DAP dan partinya sendiri, PKR, calonkan nama orang lain, bukan?

Timbalan Presiden PKR itu dalam responnya berkata beliau akan menerima ketetapan PKR berhubung kenyataan tegas PAS itu. PAS tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana parti yang bersekongkol dengan DAP. Maksudnya, PKR perlu buat keputusan sama ada mahu jadi ‘talam dua muka’ atau berpihak.

Pembangkang terdiri dari DAP, PKR, PAN dan PPBM. PAS sudah tegaskan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan PAN. Selain itu, mana-mana parti mahu bekerjasama dengan PAS perlu putuskan kerjasama mereka dengan DAP.

Subjeknya ialah DAP. PKR, PAN dan PPBM sehingga kini masih bekerjasama rapat dengan DAP. Semuanya sepentas sekarang. Hinggakan Mahathir, anak Mahathir dan Muhyiddin yang dulu hentam DAP siang malam pun sudah ‘berpeluk cium’ dengan DAP. Konon baru sekarang DAP lebih baik dari MCA dan Gerakan?!

Penulis lihat, hanya PKR dan PPBM saja yang perlukan PAS. PAS sebaliknya tidak perlukan mereka pun. Kenapa mereka perlukan PAS? Pada pandangan penulis, mereka perlukan PAS sebab mereka tahu mereka lemah dan tidak ada pengaruh pun. Ahli pun tidak seramai PAS.

Mereka tahu bahawa jika mereka bekerjasama dengan PAS, maka mereka boleh perkudakan PAS. Jika PAS dulu sanggup diperkudakan DAP bertahun-tahun, tidak malu menjulang bendera DAP yang menjahanamkan parti mereka, mungkin PKR dan PPBM juga boleh berbuat begitu dengan alasan mereka beragama ‘Islam’, sama agama dengan PAS.

Tapi, sanggupkah PKR dan PPBM tinggalkan DAP dan PAN yang khianat dan hampir menjahanamkan PAS? Apatah lagi DAP kini bermati-matian menolak Akta 355 yang diusul Presiden PAS, apakah mereka sanggup sokong akta yang membawa kepentingan Islam itu?

Jika mereka tolak PAS, mungkin dapat diterima. Tapi jika tolak kepentingan mengimarahkan syiar Islam di negara ini, maka jelaslah agenda sebenar mereka yang sering diperkatakan sebagai menolak kepentingan agama rasmi negara itu secara total.

Sekali lagi penulis ajukan, sudi PKR dan PPBM berpatah arang dengan DAP? Penulis lihat akrab benar PKR dan PPBM dengan DAP. Jika ada pemimpin PAS yang rapat dengan DAP, PKR, PAN dan PPBM pun hanyalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, kan?

Pernah dengar PKR, PPBM dan PAN sokong pindaan Akta 355 yang diusul Dato’ Seri Abdul Hadi Awang? Pernah dengar mereka kecam DAP sebab pemimpin mereka menghina Allahyarham Dato’ Dr. Haron Din? Sebaliknya mereka selalu hentam PAS, bukan?

Kita tunggu saja tindakan PKR dan PPBM. Jangan lupa, lihat juga pada sejauh mana ketegasan PAS. Jika PKR dan PPBM pandai main muslihat dan PAS pula ‘lembik leher’, maka nampaknya PAS akan jadi ‘kuda’ semula. Jika tidak, PKR melepas, PPBM pula terpaksa harapkan DAP…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana