Rakyat Sudah Nampak Semuanya Ini!!!! Program Keluar UMNO Beramai-Ramai…Gagal!!

PETANG ini di Ampang, sepatutnya diadakan satu program keluar UMNO beramai-ramai masuk parti diasaskan Mahathir, Pribumi, anjuran seorang bekas AJK Pemuda yang baru-baru ini dibuang parti.

Malangnya menurut sumber yang berada di lokasi, lebih banyak kerusi dari orang UMNO yang nak dikatakan keluar beramai-ramai tu – tak tolak wartawan dan lain-lain lagi.  Potong stim betul, sebab penulis sudah bersedia nak mempersoalkan betul kah semua yang datang tu ahli UMNO atau kutip entah mana angkut bawak ke Majlis itu?

Nak persoal macam mana, yang datang pun tak seberapa.

Awal-awal lagi penulis sepatutnya dah tahu kegagalan ini pasti berlaku sebab lokasi yang dipilih tu tak setaraf dengan tema ‘keluar beramai-ramai’ yang diwar-warkan. UMNO ada 3 juta ahli lebih, ‘beramai-ramai’ dalam konteks itu sepatutnya tak kurang 300,000 atau ribu-ribulah, ratus-ratus ke, ini puluh-puluh pun susah!!

Inilah Allah swt nak tunjuk kalau hati dah busuk.  Sememangnya kebanyakan insiden keluar UMNO yang kita lihat kebelakangan ni, majoriti besar darinya hanyalah simulasi, direka-reka.  Orang yang terlibat memang dah tak sehaluan dengan UMNO, tunggu Pribumi tubuh untuk umumkan saja dan jumlah mereka ini pun tak seberapa  Berbeza betul masa Tengku Razaleigh dan Musa Hitam tak dibenar masuk UMNO Baru oleh Mahathir dulu atau ketika Anwar dipecat dan dibuang dari UMNO.

Jauh betul bezanya.  Tak payah ada program keluar beramai-ramai pun kita tahu ramai yang keluar pada waktu itu.

Penulis yakin, Mahathir pun tahu semua ini, sebab itu dia tak boleh nak tunggu PRU14 untuk menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak.  Itu yang cuba nak guna Majlis Raja-Raja, nak guna Yang Dipertuan Agung dan sebagainya untuk singkirkan Najib seolah-olah ada peruntukkan dalam undang-undang perkara itu boleh dilakukan.

 Tapi itulah, harapan macam mana pun perlu dihidupkan dan diberi kepada pemuja yang taksub ni, walaupun hanya harapan palsu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana