Rafizi Berang Diserbu SSM

Sejak hampir setahun yang lalu, sebuah NGO yang dikenali sebagai Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW) yang pro PKR, selalu cuba mencari pelbagai isu dengan pembongkaran-pembongkaran cerita yang tidak dapat dipastikan asasnya. NGO ini jugalah yang bertanggungjawab kepada beberapa isu membabitkan Tabung Haji dan JAKIM dimana serangannya lebih bercorak kepada organisasi Islam.

Namun pagi ini, diberitakan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyerbu pejabat NGO ini diatas siasatan yang dilakukan SSM terhadap tuduhan perlanggaran syarat penubuhan syarikat yang dikenakan keatas NOW.

Nyata tindakan ini telah menimbulkan kemarahan pengasas NOW, Rafizi Ramli yang mempertikaikan serbuan berkenaan. Beliau mendakwa, organisasi yang kononnya membongkar penyelewengan negara ini seolah-olah menjadi sasaran oleh pihak berkuasa diatas kelantangan mereka membongkarkan begitu banyak penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan dan agensi yang terlibat.

Katanya lagi, beliau yang juga naib presiden PKR berdepan 12 tindakan undang-undang setakat ini, manakala pengasas bersama NOW Akmal Nasir juga pernah disaman oleh menteri. Kini, organisasi yang diasaskannya juga menjadi sasaran untuk melenyapkan terus operasi organisasi ini.

Beliau juga menyelar cara SSM menyerbu syarikat ini dimana katanya, sekiranya SSM ada menghantar notis untuk menyerbu organisasi ini, beliau tetap akan berasa kesal kerana segala pendedahan yang dibuat oleh NOW dipandang sepi oleh organisasi yang terlibat.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga menasihatkan SSM lebih menumpukan kepada pelbagai penemuan oleh Ketua Audit Negara mengenai dakwaan salah laku 1MDB dan rumusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC). Katanya, ketirisan yang berlaku di dalam 1MDB mengikut peruntukan di bawah Akta Syarikat adalah banyak dan beliau sendiri telah membuat laporan polis mengenai pelanggaran-pelanggaran di bawah Akta Syarikat ini.

Namun begitu, dakwanya sehingga sekarang SSM masih belum menyerbu 1MDB. Persoalannya, adakah beliau menyertakan segala bukti sahih mengenai semua aduan yang dibuat keatas 1MDB? Adakah pihak NOW mempunyai asas dan bukti yang mengaitkan salah laku dan pelanggaran-pelanggaran yang telah dilakukan oleh 1MDB?

Sangat jelas di sini bahawa Rafizi dan NOW masih menolak segala keputusan yang telah dibuat oleh pihak Polis DiRaja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah menyiasat secara mendalam, semua tuduhan yang dilemparkan terhadap 1MDB.

Malah, Rafizi juga seolah-olah menolak sebarang keputusan yang telah dicapai oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang negara yang turut dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang dalam menyiasat secara terperinci semua tuduhan yang dilemparkan kepada 1MDB.

Kenapa perlu menyalahkan SSM terhadap serbuan berkenaan jika benar NOW langsung tidak melakukan kesilapan? SSM berhak untuk menyiasat perjalanan organisasi NOW dimana semua syarikat termasuk 1MDB harus mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Jika Rafizi mendakwa, SSM tidak menjalankan tugas mereka yang sepatutnya terhadap 1MDB, ia nyata satu dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Ini kerana, SSM telahpun melakukan siasatan terhadap dakwaan Rafizi keatas syarikat berkenaan. Cuma, pihak SSM tidak mendedahkan butir siasatan mereka kepada umum kerana tiada sebarang unsur perlanggaran penubuhan syarikat yang berlaku terhadap 1MDB.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana