Proton: RM 1.5 Billion Pinjaman Mudah, Tanda Najib Nak Lingkupkan Ke?

HUJUNG-HUJUNG ni nampaknya serangan Mahathir ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bukan lagi dalam konteks ‘Selamatkan Malaysia’, sebaliknya dilihat lebih kepada dalam konteks nak selamatkan diri sendiri.

Bercakap tentang itu, sememangnya tidak ada apa yang perlu diselamatkan negara ini, semuanya dalam keadaan baik-baik saja, rakyat bukan bodoh.

Tak hairanlah kenapa dari isu-isu yang besar-besar dan jumlah wang yang besar-besar juga, serangan Mahathir terhadap Najib sekarang masuk fasa yang kecil-kecil. Pedulikanlah isu-isu remeh seperti konon Najib nak tukar tukang masak dia dan sebagainya, yang kita nak bincang hari ini dakwaan konon Najib nak lingkupkan (bankrap) Proton.

Mula-mula sekali, penulis tak faham kenapa Proton mesti dikaitkan dengan Mahathir? Mungkinlah dia orang pertama yang cetus idea tu dulu tapi industri kereta dah wujud lebih 80 tahun sebelum Mahathir mula terfikir untuk buat satu yang berjenamakan Malaysia. Lagipun, duit membangunkan Proton dan ‘menyara’nya dari mula ditubuhkan sampai sekarang, bukanlah duit poket Mahathir, tapi duit rakyat.

Justeru, kenapa nama Proton mesti nak dikaitkan dengan dia pulak? Bukankah dulu Mahathir pernah berpesan agar namanya tidak diabadikan dimana-mana selepas mati, kenapa nama Mahathir mesti nak diabadikan kepada Proton pulak semasa masih hidup?

Dakwaan itu (Najib nak lingkupkan Proton) sebenarnya salah dan tidak lain semata-mata untuk mencemarkan imej Perdana Menteri saja sebab sebaik Mahathir dibuang sebagai Pengerusi, kerajaan menyalurkan dana dalam bentuk pinjaman mudah RM 1.5 billion kepada Proton. Adakah penyaluran dana ini bukti Najib mahu melihat Proton lingkup?

Kalau nak biarkan lingkup, Najib boleh biarkan Proton tu mereput dengan hutangnya yang bertimbun sepanjang dipengerusikan Mahathir, tapi itu tak berlaku sebaliknya dibantu pulak lagi.

Anyway, apa pilihan yang Najib ada pun? Ramai melihat dengan segala bantuan dan dana yang disalurkan Mahathir semasa jadi Perdana Menteri dulu kepada Proton, secara tak langsung ia memastikan Proton ni (sehingga dah jadi syarikat swasta sepenuhnya) akan jadi ‘masalah negara’ kepada kerajaan di masa depan, yang mana kalau tak dibantu (diteruskan bantuan lebih tepat lagi), kesannya akan kembali semula kepada kerajaan.

Jadi nak tak nak, kena bantu jugaklah. Tapi yang pentingnya, mana logik kata Najib nak lingkupkan?

Sumber: Mykmu.net

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana