Projek rumah kos sederhana rendah dibeli individu lebih berkemampuan...?

 Kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan bagaimana rumah kos sederhana rendah di negeri ini boleh disewakan pemiliknya kepada pihak lain.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan mendedahkan pemerhatian pihaknya terhadap projek perumahan Centrio Avenue di Bukit Gambir mendapati, banyak unit kediamannya disewakan pemilik selain turut diiklankan untuk dijual.

Selain itu, kata beliau, projek perumahan tersebut turut didakwa dibeli individu yang dipercayai lebih berkemampuan berdasarkan jenis kenderaan seperti kereta dan motor mewah yang digunakan peng­huninya.

“Sedangkan daripada apa yang kita tahu, rumah bagi projek kos sederhana rendah ini hanya dikhususkan kepada golongan dengan berpendapatan kurang RM2,500.

“Selain itu, rumah-rumah ini juga tidak boleh disewakan kepada pihak lain kerana diperuntukkan kepada mereka yang benar-benar dalam kategori berpendapatan rendah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, Cheng Guan berkata, pihaknya akan menghantar laporan mengenai perkara tersebut kepada kerajaan negeri supaya tindakan segera dapat diambil.

Malah, tambah beliau, pihaknya juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat pemilik rumah berkenaan yang menyewakan kediaman mereka kepada pihak lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana