PPBM cari penyakit... UMNO buat aduan pada ROS

Sengaja cari pasal... parti bunga, Parti Peribumi Bersatu Malaysia yang tidak mahu menggunakan singkatan PPBM sebaliknya pakai Bersatu akan menerima padahnya tidak lama lagi.

Ini berikutan UMNO dijangka akan membuat laporan rasmi terhadap pertubuhan Perdaftaran Malaysia (ROS) berhubung penggunaan akronim Bersatu oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan bahawa UMNO lebih berhak menggunakan akronim tersebut kerana merupakan parti yang lebih awal menggunakan perkataan tersebut.

"Dia (PPBM) parti ciplak, mana boleh dia guna BERSATU sebab BERSATU ini dah banyak parti yang lebih awal daripada dia dah guna seperti PBB, seperti Umno, kita dah guna (perkataan BERSATU) sudah lama.

"Dia (PPBM) parti ciplak dan parti nyamuk, maka dia tidak berhak untuk guna Bersatu, uMNO lebih berhak. Dan apa yang dia buat bukan untuk menyatu, tapi memecahbelahkan.

"Kita takkan setuju dan saya percaya UMNO akan membuat laporan," katanya kepada pemberita pagi Jumaat.

ROS pada 8 September lalu meluluskan pendaftaran parti tajaan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad itu dengan akronim PPBM dan bukan BERSATU.

Sebelum ini Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan mengulas tindakan pemimpin PPBM yang masih menggunakan akronim BERSATU meskipun dilarang ROS.

Justeru katanya, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, penggunaan nama BERSATU bagi mempromosikan parti boleh menyebabkan pendaftaran pertubuhan itu dibatalkan.

Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO melahirkan rasa kurang setuju dengan pemilihan perkataan BERSATU oleh PPBM.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkataan itu sinonim dan sering digunakan oleh UMNO, justeru ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana