Polis Tahan Lebih 10 Pembocor Maklumat Keselamatan Sabah

KUALA LUMPUR: Lebih 10 individu ditahan di timur perairan Sabah kerana membocorkan maklumat sulit risikan berkaitan operasi keselamatan kepada musuh di negeri itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan, dipercayai membocorkan maklumat untuk kumpulan culik untuk wang tebusan (KFR) seperti Abu Sayyaf.

Beliau berkata, operasi itu dijalankan pihak berkuasa Sabah dan  Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

"Mereka yang ditahan adalah orang awam, penduduk Sabah dan individu dari selatan Filipina dan siasatan akan diterukan sebelum mengambil tindakan terhadap mereka," katanya.

Beliau berkata, mereka ditahan mengikut Akta Imigresen, Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

Khalid juga menambah, pihak berkuasa negara ini dan Filipina memantau secara rapi pergerakan semua pihak antara kedua negara.

"Kami akan terus bersiap siaga untuk mengelak kemasukan pengarah kumpulan Abu Sayyaf atau KFR ke negara ini. Kami tahu mereka ada banyak pemberi maklumat di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas Pengarah Jabatan Teknologi dan Sumber Strategik Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Fatimah Ghazali kepada penggantinya, Komisioner Datuk Abd Manan Mhd Hassan.

Fatimah bersara selepas 29 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan polis.

Khalid berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang cuba mengeksplotasi pihak polis untuk tujuan kepentingan politik.

Katanya, pihak yang didapati bersalah membuat laporan berasaskan politik akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana laporan palsu.

"Selepas mendapati adanya peningkatan laporan polis, kami memutuskan bagi sesiapa yang menggunakan polis untuk manfaat politik mereka akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 182," katanya.

Khalid juga menafikan ia menjadi amalan polis untuk bersikap memilih dalam membuat laporan polis.

"Ada pihak yang mahu mempolitikkan hal ini untuk kepentingan diri mereka  dan tindakan akan diambil untuk mereka yang menyalahi undang-undang," katanya.

Dalam hal lain, Khalid berkata, polis akan menyiasat penganjur Baju Merah dan Bersih kerana gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman.

Katanya, kedua-dua pihak telah mengingkari undang-undang kerana gagal memaklumkan polis mengenai perhimpunan yang dilaksanakan di beberapa lokasi di seluruh negara minggu lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana