Polis berkas pekerja pusat jagaan pukul warga emas....Padan Mukanya

SHAH ALAM: Seorang pekerja pusat jagaan orang tua di Klebang, Melaka ditahan polis, selepas sebuah video yang memaparkan dirinya memukul sorang warga emas menjadi viral di media sosial.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din menerusi twitter beliau.

"Syabas JSJ Melaka, tangkap satu lelaki seorang penjaga rumah orang tua yang disyaki melakukan perbuatan yang membahayakan penghuninya semalam," demikian twit beliau.

Sementara itu, Berita Harian yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar melaporkan, pusat jagaan itu diberi tempoh lima hari untuk menghentikan operasi.

Kata Latipah, pengusaha pusat mesti menghubungi waris penghuni untuk membawa mereka pulang manakala warga tua yang tidak mempunyai waris pula akan dihantar ke Rumah Seri Kenangan di sekitar Melaka.

Selain kes itu, Latipah berkata, pusat terbabit tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Terdapat sebanyak 73 pusat jagaan di negeri ini yang berdaftar, manakala kurang daripada 20 lagi belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri. "Siasatan awal mendapati, pusat jagaan warga emas ini sudah diberikan nasihat supaya berbuat demikian (mendaftar) sejak tahun 2015, sebaliknya mereka tetap berdegil (tidak mendaftar)," katanya.

Terdahulu, video berdurasi 11 saat yang memaparkan seorang lelaki memarahi dan memukul warga emas menjadi viral di media sosial.

Ia mendapat kecaman dan kutukan netizen yang menyelar tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana