PKR tetap tolak cadangan wujud akta dana politik...Aikkkk KEnapa Perlu Takuttttt?


SHAH ALAM: PKR masih enggan menerima cadangan untuk kerajaan mewujudkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik yang mahu mengekang penyalahgunaan wang ringgit sewaktu pilihan raya umum (PRU).

Menurut Ketua Wanitanya Zuraidah Kamaruddin, akta sedemikian tidak perlu kerana ketika PRU berlangsung, kerajaan ada mewujudkan panduan yang mensyaratkan calon yang bertanding hanya dibenarkan berbelanja sebanyak RM200,000 ketika berkempen.

"Kita tak setuju, kalau bebas (guna wang derma) mungkin sampai tahap merosakkan, menggalakkan rasuah, salah guna kuasa, berlumba-lumba untuk buat kempen duit, tabur duit dan sebagainya. Jadi apa-apa pun mesti ada undang-undang, kita tak boleh buat secara bebas tanpa ada sekatan.

"Sekarang kita dah ada panduan, panduannya adalah sejak pilihan raya calon tidak boleh belanja lebih RM200,000. Panduan tu dah ada dalam borang menjadi calon, jadi akta (yang nak dibuat) untuk mengatakan tak ada sekatan untuk apa? Tak perlu akta (kerana ada panduan)," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Malah beliau mendakwa kerajaan mencipta akta sebegini ekoran mahu menyekat sumber kewangan pembangkang yang kebanyakannya diperoleh dengan cara seperti ini.

"Selagi sistem tak adil dan tidak bersih, undang-undang diadakan secara jelas untuk menyekat dan mendera pembangkang," jelasnya.

Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) semalam menggariskan 32 perkara termasuk memperkenalkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk meningkatkan integriti dan pembiayaan politik.

Pengerusinya Datuk Paul Low Seng Kuan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan berkata cadangan itu akan dibawa kepada Kabinet dalam tempoh dua minggu akan datang sebelum dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan.

Selain itu juga, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan mahu kerajaan mengkaji kempen kutipan derma pembangkang dalam siri ceramah atau makan malam mereka.

Jelasnya, mungkin setiap sumbangan yang diperoleh adalah kecil tetapi jika dikumpul dalam tempoh setahun ia boleh mencecah berjuta-juta ringgit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana