PKR Kesal Lajim Lompat Parti....Ini Semuanya Mainan Wayang Politik Belaka

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan perkembangan terbaharu situasi politik di Sabah susulan tindakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) itu, Datuk Seri Lajim Ukin keluar parti.

Tamparan lebih dirasai apabila Lajim yang juga Adun Klias tidak bersendirian kerana tindakannya itu disertai oleh Adun Moyog daripada PKR, Terrance Siambun; Setiausaha PKR Sabah, Datuk Majjol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, penstrukturan semula parti itu di Sabah akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Pimpinan tertinggi PKR telah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Lajim Ukin bersama beberapa yang lain telah membuat pengumuman hari ini untuk beralih ke platform parti yang berbeza. Kami kesal dengan keputusan Datuk Lajim ini.

"Pada masa yang sama, satu proses penambahbaikan organisasi parti akan dilaksana dalam masa terdekat untuk memantapkan saf kepimpinan serta memastikan agenda reformasi terus menjadi teras perjuangan menegakkan keadilan di Sabah," katanya menerusi kenyataan di sini pada Ahad.

Sementara itu pada majlis pengumuman keluar parti di Kota Kinabalu itu, Adun Likas daripada DAP, Wong Hong Jun turut menyatakan hasrat mengikuti perjuangan politik Lajim dengan mengumumkan keluar daripada DAP.

Pada 22 September lalu, Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan mengisytiharkan keluar parti itu menyertai parti tempatan yang sedang diambil alih oleh bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana