Penyokong DAP tidak mahu berkerjasama dengan PPBM - Akhbar Cina

Akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News mendakwa sokongan terhadap DAP yang semakin berkurangan berikutan tindakan parti itu mengadakan kerjasama dengan parti Tun Mahathir Mohamad PPBM.

Artikel yang ditulis oleh Lee Tuck Ming bertajuk DAP serba salah dan hilang langkah disiarkan dalam ruangan Kolum Penulis halaman 48.

Keretakan hubungan antara DAP dan PAS telah tidak dapat dibendung lagi setelah parti yang dikuasai kaum Cina itu bertindak membentuk Pakatan Harapan yang hanya disertai oleh PKR manakala PAN menjadi pengganti kepada PAS.

Menurut penulis, hubungan DAP dan PKR dalam pakatan baharu itu juga tidak erat seperti yang disangkakan. Buktinya, ketika pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang telah berlalu, kedua-dua parti saling bercakaran dalam soal memilih calon sehingga berlaku pertembungan sesama sendiri di beberapa kawasan.

Pertelingkahan itu menyebabkan DAP telah kehilangan lima kerusi DUN yang dimenangi pada PRN sebelum itu.

"Pada masa sekarang, kita melihat Pakatan Harapan adalah gabungan tidak lengkap kerana DAP, PKR dan PAN cenderung membawa haluan masing-masing. Manifesto yang dipersetujui bersama juga masih samar-samar,"katanya.

Berikutan masalah ini, ada pihak yang berpendapat satu cara untuk DAP meneruskan agenda bagi menarik lebih banyak sokongan pengundi khususnya orang Melayu adalah dengan mengadakan kerjasama dengan PPBM.

Mungkin parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akan menjadi penyelamat terakhir kepada DAP.

Bagaimanapun, satu hakikat yang perlu direnung, adakah kerjasama itu mendapat restu ahli parti berkenaan.

Beliau mendedahkan, semasa majlis jamuan sempena ulang tahun DAP ke-50 baru-baru ini, Lim Kit Siang mengajukan soalan “Adakah DAP mahu bekerjasama dengan Mahathir?” sebanyak tiga kali kepada para hadirin.

"Tindak balas daripada hadirin memalukan Kit Siang apabila mereka hanya senyap sahaja. Adakah itu satu amaran kepada DAP?" soalnya.

Sementara itu, satu lagi akhbar Cina berpengaruh Sin Chew Daily menyiarkan rencana pendapat penulis popular Lim Fang yang antara lain menasihatkan orang Cina supaya tidak terlalu taksub kepada mana-mana parti sebaliknya perlu memilih kerajaan yang boleh membawa lebih banyak kemajuan kepada kaum itu.

Menurut penulis orang Cina tidak harus terlalu taksub untuk menyokong DAP, sebaliknya pilihlah parti yang dapat membentuk kerajaan negeri dan Pusat yang memperjuangkan nasib kaum itu.

"Setiap parti mempunyai kelemahan tersendiri. DAP misalnya, telah dikritik kerana tidak berbuat apa-apa bagi memperjuangkan aliran pendidikan Cina dan tidak banyak kandungan manifesto parti itu ketika PRU-13 yang menyentuh mengenai usaha membantu kaum berkenaan,"ujarnya.

DAP juga adalah parti yang hanya pandai berjanji yang indah-indah di atas kertas untuk membantu kaum Cina tetapi cukup lemah dari segi pelaksanaan.

"MCA yang telah ditolak kaum Cina mempunyai kelebihan tersendiri terutama dari segi dana terkumpul yang banyak dan boleh digunakan bagi menggerakkan perkembangan pendidikan Cina dan meningkatkan lagi ekonomi kaum itu terutama usahawan kecil."

Tidak salah untuk masyarakat Cina kembali menyokong MCA jika parti terbabit boleh membawa lebih banyak kebaikan kepada kaum itu.

Jangan terlalu taksub untuk menyokong DAP terutama jika parti itu terus bergerak bersendirian dan tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan parti Melayu seperti PAS.

Jelas beliau, penyokong tegar DAP harus menerima hakikat jumlah penduduk Cina hanya 23 peratus manakala Melayu 60 peratus.

"Hakikat itu umpama sekumpulan orang yang hanya menguasai 30 peratus saham dalam sesebuah syarikat yang menyangka mereka boleh menentukan hala tuju entiti perniagaan berkenaan. Ini adalah satu corak pemikiran yang bodoh,"tulisnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana