Penyelewengan Dalam Syarikat Air Selangor

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan berlaku pengabaian dari segi pemberian tender kepada kontraktor yang mempunyai kemampuan di Selangor sebaliknya diberikan kepada ‘kroni elit’.

Malah, beliau turut mendedahkan kerajaan Selangor mengabaikan sebut harga paling kompetitif sebaliknya memilih harga lebih tinggi sekaligus menguntungkan kroni elit.

Dalam status Facebook ditulisnya pada Jumaat, Abdul Khalid berkata beliau mendapat maklumat kerajaan Selangor seringkali mengabaikan tender lebih kompetitif.

“Kita perlu bersama-sama mengingatkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd untuk mengamalkan ketelusan dan pertanggungjawaban (transparency and accountabiliy) bagi memastikan tiada ruang untuk salah guna kuasa serta perbuatan rasuah berlaku.

“Proses tender perlulah dipatuhi sepenuhnya dengan menitikberatkan prinsip “value for money” untuk setiap kontrak,” katanya.

“Malangnya pada masa yang sama saya turut mendengar desas desus bahawa kerajaan Negeri Selangor seringkali mengabaikan memilih tender atau sebut harga pada harga yang paling kompetitif oleh syarikat yang mempunyai keupayaan untuk menyiapkan kerja.

“Jika ini benar, ianya perlulah dibendung dengan segera kerana tindakan tidak mengutamakan harga yang kompetitif hanya akan memberi keuntungan kepada kelas rentier dan kroni elit yang mendapatkan kontrak dan kemudiannya mengupah syarikat lain untuk menyiapkan kerja.

“Ini bukan sahaja mengkhianati kepercayaan rakyat tetapi juga mengundang bencana kepada tata kelola dan urus tadbr kewangan negeri,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana