Pengerusi SPR Perlu Letak Jawatan - Pakatan Harapan...Orang Macam Ini Kalau Dapat Memerintah Negara Semua Nak Dibuangnya

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan mahu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah meletak jawatan serta merta.

Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, sebagai badan penting, SPR seharusnya dilihat berlaku adil bagaimanapun telah gagal berbuat demikian.

"SPR perlu buktikan ianya bebas daripada sebarang pengarah politik. Mereka boleh mengubah persempadanan tetapi perlu berlaku adil, bagaimanapun pada asasnya SPR telah gagal.

"Sehubungan itu, pengerusinya perlu meletak jawatan serta merta bagi menjaga nama baik suruhanjaya itu," katanya.

Kok Wai juga mempersoalkan sama ada Mohd Hashim mampu mengetuai SPR pada pilihan raya umum akan datang kerana ia bertanggungjawab memantau dan mengawal proses pemilihan di seluruh negara.

Seramai 10 pemimpin pembangkang Wilayah Persekutan mengemukakan bantahan persempadanan semula kepada Timbalan Pengarah SPR di ibu negara, Nor Barna Yendo Skaaidih di pejabat suruhanjaya itu di sini, Selasa.

Antara wakil rakyat itu adalah Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Pengarah Pilihanraya Parti Amanah Negara, Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Batu Tian Chua, selain Teresa Kok (Seputeh), Lim Lip Eng (Segambut), Fong Kui Lun (Bukit Bintang) dan Ahli Parlimen Tumpat yang juga koordinator PKR Bandar Tun Razak Dr Kamaruddin Jaafar, serta Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Kata Nurul Izzah, pembangkang akan menggunakan mekanisma demokratik bagi membantah proses persempadanan semula yang dilakukan SPR.

"Apakah suara kami akan didengar pihak SPR? Apa yang perlu dilakukan ketika ini bukannya sahaja peletakan jawatan Mohd Hashim, tetapi menghentikan proses persempadanan itu sehingga badan bebas baharu dibentuk untuk melaksanakan tanggungjawab itu," katanya.

Sementera itu, Dr Hatta berkata, SPR telah terlepas peluang untuk membuktikan bahawa ia melaksanakan tugas dengan adil sepanjang melaksanakan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana