Penculikan Sabah: Najib Percaya Wujud Tali Barut

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin wujud ‘tali barut’ di kalangan anggota pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sehingga kes penculikan kerap berlaku di kawasan perairan terbabit.

“Saya percaya memang ada maklumat dalaman (diberikan) kepada orang luar.

“Sebab itu sukar bagi kita untuk mengawal perairan dan pesisiran pantai yang begitu luas di Sabah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini, Jumaat.

Tambah Najib, Malaysia melihat kekerapan insiden penculikan di Sabah oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf sebagai ‘tamparan’ yang perlu ditangani segera.

“Mustahil bagi kita menempatkan aset dan anggota pada setiap masa dan tempat. Tak ada mana-mana negara pun mampu melakukannya termasuk negara maju.

“Tapi ini bukan alasan. Saya pun rasa tamparan kepada kita, Datuk Seri Zahid Hamidi pun rasa sedemikian.

“Kita nak supaya tindakan baharu dilakukan pasukan keselamatan, rakyat Sabah tak boleh terima jika berterusan berlaku kejadian penculikan,” katanya.

Terbaharu, insiden rompakan dan penculikan seorang rakyat Malaysia yang merupakan juragan sebuah bot nelayan oleh militan Abu Sayyaf di perairan Semporna berhampiran Pulau Gaya berlaku pada malam Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Ruslan Sarapin, 39, diculik enam lelaki bersenjata api ketika menangkap ikan bersama-sama 26 lagi anak kapalnya di perairan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana