Pembangkang protes dakwa Bajet 2017 tidak telus...Inilah Dikatakan Banggang Tak Sudah Sudah FIkiran Pembangkang

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai tidak telus, sehingga mendorong ahli parlimen pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat.  

"Belanjawan ini mesti realistik nampak baik beri macam-macam tetapi hutangnya?

"Kami mahu sandiwara yang dikatakan itu dijawab oleh kerajaan. Siapa MO1 (Malaysia Official1)? Itu mesti dijawab," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) meninggalkan dewan sebagai protes kepada pembentangan Bajet 2017 oleh Najib.

Ia bermula apabila Najib berkata pembangkang kerap kali melemparkan tuduhan kepada kerajaan Pesekutuan kononnya Malaysia sedang bergelut dengan ekonomi yang menekan.

Pembangkang juga mendakwa kerajaan Persekutuan bermain sandiwara dalam isu melibatkan ekonomi negara.

Najib kemudiannya bertanyakan kepada ahli Parlimen pembangkang 'siapa sebenarnya yang bersandiwara?'

Soalan Najib itu disambut dengan kekecohan di kalangan ahli Parlimen pembangkang sehingga mereka ditegur Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Namun teguran Pandikar tidak dihiraukan ahli Parlimen pembangkang sehingga mereka bertindak bangun dan meninggalkan dewan.

Turut bersama dengan wakil rakyat PH adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa kerajaan tidak telus dalam mengagihkan peruntukan kepada setiap kementerian, apatah lagi dengan pengalamannya semasa berada di kabinet suatu ketika dahulu.

"Kita dengar bermacam tawaran dan pengumuman, tetapi isu pokoknya sumber dana kita merosot. Bagaimana beliau mahu menyelesaikan hutang-hutang ini.

"Saya bersama wakil rakyat PH berpendapat bahawa sepatutnya PM memberi penjelasan dalam belanjawan ini supaya rakyat yakin apa yang dibentang itu perkara yang boleh dilaksanakan.

"Saya pernah berada di dalam kerajaan suatu ketika dahulu, pada masa pembentangan di parlimen, sejumlah wang yang besar diperuntukkan kepada kementerian. Namun apabila sampai waktu mohon dapatkan bajet, ada saringan, UPU, Perbendaharaan, akhirnya peruntukan sebenar tidak diberikan," dakwanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menegaskan tindakan wakil rakyat pembangkang keluar beramai-ramai semasa pembentangan bajet oleh perdana menteri petang tadi, tidak boleh disifatkan sebagai boikot.

"Ini bukan boikot. Kami hanya keluar (Dewan) kerana orang yang bercakap tentang bajet tidak layak bercakap. Kita tidak akan mendengar kepada orang mencuri hak negara dan rakyat.

"Kita tidak akan mendengar apa-apa yang sia-sia daripada kerajaan, berjanji bermacam-macam kepada rakyat sedangkan beliau pelaku kepada masalah ini dan tidak bertanggungjawab," ujar Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.

Bagaimanapun, ahli Parlimen PAS dilihat tidak berganjak daripada kerusi mereka, kecuali Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen Semporna yang juga Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal turut mengambil pendekatan seperti PAS untuk kekal dalam Dewan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana