Pembangkang mahu jadikan Parlimen sebagai sarkas...Termasuk Midin Dulu Bukan Main Lagi KutukTindakan Itu

Tindakan beberapa Anggota Parlimen (MP) pembangkang keluar daripada Dewan Rakyat semasa pembentangan Bajet 2017 sedang berlangsung semalam menunjukkan pihak pembangkang mahu melayan Dewan Rakyat seperti sarkas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pembentangan bajet tahunan di Dewan Rakyat adalah merupakan urusan yang serius.

“Ini adalah peluang bagi MP pembangkang untuk mengambil bahagian dalam Bajet dan mengemukakan idea mereka kepada Dewan Rakyat jika mereka merasa mempunyai sebarang idea.

“Ia cukup buruk yang pembangkang tidak mempunyai kabinet bayangan dan Menteri Kewangan bayangan,” katanya dalam posting blog terbaharu beliau.

Dalam tindakan itu beberapa Anggota Parlimen pembangkang mengangkat poster dan bertindak keluar Dewan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang
membentangkan Bajet 2017.

Mereka yang terdiri daripada Anggota Parlimen daripada Pakatan Harapan yang mengandungi parti PKR, DAP dan Amanah berbuat demikian ketika Najib yang juga Menteri Kewangan mula menyebut sesetengah pihak mendakwa Bajet 2017 sebagai sandiwara.

Salleh menegaskan sebaliknya untuk melihat bagaimana Anggota Parlimen pembangkang boleh menyumbang sesetengah idea, mereka bertindak keluar Dewan dan menunjuk perasaan.

“Tahap kematangan Anggota Parlimen pembangkang jatuh pada tahap paling rendah. Perlukah segala-segalanya dijadikan demonstrasi menunjuk perasaan.

“Sebaliknya dengan berjalan keluar pada pertengahan pembentangan bajet, mereka setidak-tidaknya tunggu selepas ia berakhir dan berbahas mengenai bajet terlebih dahulu,” tambah beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana