Pemandu teksi berarak ke Parlimen bantah Uber, Grabcar...Tak Boleh Menerima Kenyataan

Buatlah perubahan kepada Teksi dibandar bukannya Berdemo dan nak ugut kerajaan plak...Admin rasa majoriti Warga kota menyokong dengan adanya Uber dan Grabcar.Bersih dan berdisplin setiap pemandu.

Sekumpulan pemandu teksi hari ini berkumpul untuk membantah perkhidmatan Uber dan Grabcar dan menyerahkan memorandum berhubung perkara itu di hadapan Parlimen di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, perhimpunan jam 10.30 pagi itu berlangsung secara aman dan berakhir kira-kira 15 minit kemudian.

“Kumpulan pemandu daripada beberapa persatuan pemandu teksi itu turut menyerahkan memorandum kepada wakil Parlimen,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Se-Malaysia, Zailani Isausuludin berkata, kira-kira 40 pemandu teksi berkumpul untuk membantah perkhidmatan itu.

“Terdapat 10 perkara yang kami bantah mengenai pendekatan yang digunakan kerajaan berhubung Grabcar dan Uber.

“Kami mahu kerajaan mengkaji semula kelulusan operasi Grabcar dan Uber dalam industri pengangkutan awam di negara ini,” katanya.

Zailani berkata, pihaknya menggesa kerajaan membatalkan pendaftaran kenderaan persendirian yang berdaftar sebagai Grabcar dan Uber sehingga satu peraturan dan undang-undang dibentuk dimaktubkan dengan hanya kenderaan yang mempunyai lesen pengendalian pengangkutan awam sahaja dibenarkan menggunakan menawarkan perkhidmatan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana