Pelik Skit Dia Sekarang Ini!!!!! Apa Mimpi Tuan Ibrahim Tiba-Tiba Kutuk PKR?

Hujan tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba sahaja malam tadi Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tampil dengan kenyataan menyindir dan mengutuk PKR yang merupakan rakan sekutunya.

“Bagi PAS, lebih mudah bekerjasama dengan sekutu yang jujur berbanding mereka yang mahu mengambil kesempatan ke atas kami,” kata Tuan Ibrahim seperti dilaporkan kebanyakan portal berita sejak malam tadi.

Dalam kenyataan yang sama Tuan Ibrahim juga mengungkit nafsu besar PKR tapi kudrat kurang dalam menghadapi pilihan raya. Orang bawahan PAS yang lain dah lama mencemuh perangai buruk PKR, baru sekarang Tuan Ibrahim nak sedar?

“Terdapat parti sekutu ini yang mengerahkan semua calon mereka tetapi jentera parti langsung tidak kelihatan.

“Lebih buruk lagi, parti itu menyuruh kami sendiri memasang semua poster calon dan bendera parti mereka di kawasan PAS.

“Kami tidak kisah jika parti itu baru berusia setahun atau dua tahun tetapi parti berkenaan sudah lama dan hanya muncul ketika pilihan raya,” ujarnya sinis tanpa menyebut nama PKR, tapi kenyataan itu tepat merujuk pada PKR.

Dulu sampai sekarang PKR memang terkenal dengan trademarknya yang ramai calon kemaruk nak bertanding pilihan raya tapi bab jentera kempen hancur, lebih ramai jeneral dari askar.

Tiap kali pilihan raya umum atau kecil, jentera dan tenaga ahli PAS sering jadi sandaran untuk kempen calon pembangkang termasuk PKR.

PKR tukang arah dah jadi macam bos, ahli dan penyokong PAS pula jadi keldai tunggangan tolong meramaikan majlis dan kalau perlu tukang baring atas jalan untuk kepentingan PKR dan DAP.

Persoalannya kenapa baru sekarang Tuan Ibrahim ada sedikit keberanian bersuara melepaskan rungutan terhadap PKR?

Mungkinkah ini ada kaitan hubungan PKR dengan PAN dan DAP, atau disebabkan PAS kecewa dan kesal dengan isu ‘dedak’ RM90 juta yang jadi siulan rakan sekutu? Mesti ada sebabnya, takkan tiba-tiba melompat melatah mengamuk dengan rakan sendiri, tak gitu?

Payah sebenarnya nak percaya bila orang nombor dua PAS yang selama ini cuma tahu hentam UMNO tiba-tiba berani hala muncung senapang atas dahi PKR. Macam mimpi. Tapi pakat tengoklah setakat mana keberanian dan kejantanan orang kuat PAS ini akan bertahan. – MyKMU.Net
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment