Pelajar UM anjur #TangkapMO1 berdepan penggantungan pengajian....Padan Mukanya

Suruh lah Maria Chin biayai semasa pengantungannya itu...Atau minta cari kan kerja sekali.Ayah pelajar suruh belajar sehingga berjaya rupanya binasakan diri sendiri.Kalau nak join politik pun biarkan habiskan dulu Belajar....Inilah dikatakan OTAK LETAK DIKEPALA LUTUT...Belajar tinggi tinggi tetapi Otak singkat Akal.

Anis Syafiqah Md Yusof, yang turut menjadi penganjur perhimpunan #TangkapMO1 dua bulan lalu, berdepan tindakan penggantungan daripada pengajian selepas menerima surat tunjuk sebab daripada Universiti Malaya, semalam.

Sebuah portal berita liberal melaporkan, Anis yang kini pelajar tahun akhir jurusan Bahasa dan Linguistik berkata, beliau menerima surat itu daripada Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof Datuk Dr Rohana Yusof, menerusi e-mel selepas dua bulan perhimpunan itu.

Diberi masa tujuh hari daripada tarikh surat, iaitu 12 Oktober lalu, untuk membalasnya, Anis bagaimanapun yakin beliau tidak melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Katanya, dua sebab utama ialah himpunan itu dilakukan ketika cuti semester dan di luar kampus.

“Saya rasa tindakan UM ini boleh jejaskan pandangan masyarakat terhadap UM. Apa yang UM buat ini juga membuka peluang orang luar lihat pentadbiran UM sebenarnya.

“UM sepatutnya dilihat sebagai tempat kebebasan suara. Bila ambil tindakan seperti ini, UM perlu sedia kena tohmahan dan kritikan masyarakat,” katanya.

Selain Anis, tiga lagi rakannya daripada jurusan Pendidikan Islam di UM turut menerima surat tunjuk sebab kerana terlibat dalam himpunan itu.

Pada 27 Ogos lalu, mereka menyertai perhimpunan #TangkapMO1 di depan pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur, menuntut individu dikenali sebagai Malaysian Official 1 (MO1), yang merujuk kepada laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, ditangkap.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana