Pecah lubang, ‘God Father’ Azmin Tun M bukannya Anwar

 ‘God Father’ kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebenarnya adalah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bukan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata beliau berasa ‘geli hati’ ketika mendengar ucapan Azmin selaku Menteri Besar (MB) Selangor ketika beliau berkempen di Pagoh, Johor.

“Saya ketawa, rupanya selepas dia dilantik jadi Menteri Besar Selangor, dia jumpa Tun Mahathir, dia mengaku dalam ucapannya. Dia jumpa Tun M tanya macam mana nak urus negeri Selangor.

“Pecah tembelanglah, bermakna hubungan MB Selangor dengan Tun M bukan baru, sejak dia jadi MB. Dia tak tanya Anwar, dia tanya Tun M, dia yang mengaku, nampaklah politik sebenar MB, God Father dia Tun M,” kata Noh.

Menurut Noh di dalam ucapannya juga, Azmin turut mengaburi mata rakyat apabila mendakwa kerajaan negeri Selangor banyak duit.

Namun hakikatnya beliau sememangnya tidak tahu menggunakan wang tersebut dengan baik terutamanya kepada rakyat.

“Saya ketawa sunguh-sungguh dia punya temberang sampai ke Johor. Sejak jadi MB  dia kata dia dapat kumpul RM4 bilion sampai dia tahu nak belanja macam mana.

“Dia MB yang buta ke pekak? Turun la tengok rumah PPR kos rendah, PKNS penduduk berapa punya sengsara. Jangan sibuk berkempen di negeri luar konon dia hebat. Kalau dia rasa dia tak tahu belanja maknanya dia hanya tahu kutip duit,” katanya.

Bagaimanapun jika dilihat, jika berlaku masalah air dan sampah sarap di Selangor, MB dan kerajaan negerinya mudah menuding jari kepada pihak lain.

Perihal ini kata Noh layak digelar sebagai kerajaan ‘bangau oh bangau dan budaya ‘ayam’.

“Kerajaan ‘bangau oh bangau’, bila ada masalah di negerinya dia akan cari salah orang lain, macam cerita ‘bangau oh bangau’.

“Budaya ayam pula bila bertelur sebiji riuh satu negara. Akhirnya rakyat Selangor yang menderita di bawah. Saya ketawa betul-betul bagaimana MB boleh beri ucapan sedemikian.

“Air percuma katanya, Tun M pun dapat air percuma. Apa guna air percuma kalau rakyat buka pili, air tiada? Bagi air percuma tapi air tak ada, cukuplah MB jadi bangau oh bangau. Banyak lagi janji ditabur tapi dia tak buat,” kata Noh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana