PAS Tempelak Tindakan PAN Cuba Sabotaj RUU355

Sejak pengumuman PAS mengemukakan cadangan untuk menggubal semula Rang Undang-Undang Syariah atau lebih dikenali sebagai RUU355 di Parlimen, bukan sedikit dugaan yang diterima oleh PAS. Tentangan pastinya datang dari beberapa parti komponen BN dan ianya juga datang dari semua parti politik pembangkang.

Namun, ketenangan PAS yang sentiasa berdiri kukuh dengan pendiriannya serta sokongan kuat yang diberikan UMNO dalam hal ini, telah mengukuhkan keinginan PAS untuk terus berjuang bagi menggubal semula Rang Undang-Undang Syariah ini di Parlimen, tanpa memperdulikan apa jua yang cuba menghalangnya.

Terbaharu, Parti Amanah Negara yang dipimpin oleh bekas Naib Presiden PAS, Mat Sabu, dilihat cuba untuk mensabotaj Rang Undang-Undang ini. PAN dilaporkan cuba mewujudkan satu lagi Rang Undang-Undang Syariah mengikut kefahaman mereka sendiri bagi menyeimbangkan RUU yang sedang dalam proses dibahaskan di Parlimen.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, PAN bukan saja meniru idea PAS bersabit usul untuk memperkasakan mahkamah syariah, malah merosakkan idea ke arah tujuan berkenaan.

Secara tiba-tiba PAN melahirnya usul alternatif mereka, hasil daripada kajian dan cadangan PAS, hanya semata-mata untuk mengelakkan PAN dari menyokong usul PAS ini. Ini menjadikan, terdapat dua usul yang hampir sama cuma ianya dibawa oleh dua parti berbeza.

Lebih melucukan, PAN mendakwa, RUU mereka jauh lebih baik berbanding apa yang dibentangkan oleh PAS dan ini bermakna, PAN ada alasan kukuh untuk mengelak dari menyokong RUU yang bakal dibentangkan oleh PAS.

Apakah PAN tiada idea lain selain menciplak idea orang dan dijadikan hakmilik mereka? Bagi mereka yang mengikuti perjalanan parti PAN, sudah pasti dapat mengagak, PAN sebenarnya mahu mengelakkan diri dari menyokong sebarang usul PAS hanya kerana mereka cukup takutkan pengaruh dan pembiayaan DAP terhadap parti mereka dileburkan begitu sahaja.

Dalam hal ini juga, PAN dilihat cuba mengikis imej PAS dari parti mereka sedangkan, susun atur dan pergerakan parti itu saling tidak tumpah seperti PAS. Justeru, bukan suatu yang menghairankan apabila PAN sanggup menciplak idea PAS untuk membentangkan penggubalan RUU 355 di Parlimen.

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment