PAS tak bincang bergabung dengan PPBM hadapi PRU14....Midin Muka Yang Tak Tahu Maluuuu

PAS belum mengadakan sebarang perbincangan untuk bergabung dengan parti lain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presidennya Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata walaupun parti itu memberi peluang kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Muhyiddin Yassin berucap di atas pentas mereka pada satu ceramah di Kemaman, Terengganu baru-baru ini, namun ia bukanlah petanda bahawa PAS dan Bersatu akan bergabung.

“Kami tak jawab apa-apa, tak ada perbincangan lagi (untuk bergabung dengan PPBM). Baharu duduk atas pentas sama sahaja. Orang kata ‘don’t read too much’,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan di Kota Bharu Selasa.

Muhyiddin sebelum ini dilihat berucap di atas pentas PAS pada satu ceramah yang diadakan di Kemaman, Terengganu dan turut mencadangkan supaya satu bentuk kerjasama dapat dijalinkan secara rasmi dalam Pakatan Harapan khususnya dengan PAS bagi mewujudkan gelombang perubahan besar ke arah pembentukan kerajaan baharu pada PRU14 akan datang.

Muhyiddin turut dipetik sebagai berkata PPBM bersedia untuk bersama-sama dalam apa keadaan sekali pun dan optimis segala perbezaan yang ada di antara parti serta perkara berbangkit dapat diselesaikan melalui rundingan secara terperinci.

Dalam pada itu, Mohd Amar sekali lagi mengulangi pendirian parti itu yang menutup pintu rundingan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

“DAP dan PAN memang itu keputusan parti, kita tak akan berunding dan tak berbincang apa-apa (dengan DAP dan PAN). Orang lain kita ‘open’ tapi belum ada perbincangan rasmi dengan siapa-siapa,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana