PAS Tak Berani Usik Pemimpin ‘Derhaka’ Pada Mursyidul Am

Baru-baru ini Mursyidul Am PAS, Ustaz Hashim Jasin menjelaskan bahawa PAS menolak untuk melibatkan diri dengan konvoi mahupun himpunan Bersih 5 adalah disebabkan parti itu kini mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera.

Beliau menjelaskan secara jelas tentang erti kematangan politik dan sejahtera yang sedang diamalkan PAS. Beliau dilapor berkata bahawa itulah antara punca utama PAS enggan menyertai Bersih 5 selain alasan matlamat himpunan haram itu yang terpesong.

Merujuk pada pendirian PAS itu, bagi mereka yang pernah mendengar dan faham tentang ilmu mantik, maka mereka sudah tentu akan setuju sekiranya penulis mengatakan bahawa sesiapa yang menyertai Bersih 5 itu tidak mengamalkan politik matang.

Pada pandangan penulis, tidak hairan jika DAP, PKR, PAN, PPBM dan mereka yang bukan ahli PAS menyertai himpunan Bersih 5 nanti. Ini adalah kerana parti yang didokong mereka itu tidak mengamalkan politik matang seperti PAS. Itu normal.

Cuma yang agak luar biasanya ialah bila ada dikalangan pemimpin PAS sendiri yang tidak faham pada ‘signal’ yang diberi Mursyidul Am PAS itu dan ‘menghegeh-hegehkan diri’ berbangga mengisytiharkan diri akan menyertai Bersih 5.

Ada di kalangan pemimpin PAS yang sengaja menunjuk-nunjuk mereka terlibat aktif dengan konvoi Bersih 5 baru-baru ini di utara semenanjung, berbaju kuning bersama pemimpin DAP, PPBM, PKR, PAN dan konco-konconya.

Penulis hairan dengan kebobrokan pemimpin PAS yang kononnya sudah berpuluh tahun bersama PAS, tapi masih tidak tahu tentang konsep jemaah parti itu yang menerapkan sikap wala’ dan patuh pada Mursyidul Am PAS.

Timbul persoalan di fikiran penulis, apakah dia tidak faham atau pura-pura tidak faham? Atau dia faham, tapi sengaja tidak peduli pada ‘signal’ Mursyidul Amnya itu? Tidakkah dia rasa hormat pada keputusan parti sendiri? Atau dia sengaja berbuat demikian untuk ‘tunjuk lagak’ meminta dipecat seperti Datuk Husam Musa?

Benarlah bahawa PAS menolak untuk menyertai Bersih 5, namun tidak menghalang ahlinya untuk menyertai himpunan itu. Tapi selepas Mursyidul Am PAS memberi ‘signal’ yang sangat jelas seperti itu, takkanlah dia tidak faham-faham lagi? Dungu sangatkah dia?

Tidak secebis pun pemimpin PAS sama ada di peringkat pusat atau negeri yang berani mengecam pemimpin PAS ‘terlampau’ itu. Mungkin PAS ada panggil ‘mengadap’, tapi tidak berani mengambil tindakan padanya. Maka ‘naik tocang’lah dia, bukan?

Secara zahir, difahamkan bahawa akar umbi PAS sudah lama menyampah pada Ahli Parlimen PAS itu. Mungkin mereka ada mendesak supaya parti mengambil tindakan terhadapnya, namun entah mengapa PAS seolah-olah ‘takut’ padanya.

Penulis menyarankan supaya PAS mengkaji semula kedudukan pemimpin PAS itu di dalam parti. Jika wajar, gantung atau pecat saja keahlian partinya.

Bukanlah nak jadi ‘batu api’, namun jika PAS benar-benar mahukan ‘sesi pembersihan’, maka itulah tindakan yang penulis kira paling tepat sekali buat pemimpin PAS yang bersikap kurang ajar seperti itu…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana