PAS putus hubungan dengan PKR jika tolak RUU 355?

PAS akan membuat keputusan sama ada ingin memutuskan hubungan dengan PKR atau tidak selepas parti itu membuat pendirian berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 di Parlimen nanti.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan pihaknya tidak mahu membuat sebarang jangkaan mahupun keputusan lagi, namun mengharapkan semua ahli parlimen Islam menyokong RUU tersebut bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah.

“Kita tak mahu membuat sebarang keputusan, kita tak tahu siapa yang sokong tak sehingga saat ni.

“Cuma sekarang ni kita lebih kepada memberi penjelasan dan penerangan dan menaruh harapan supaya ahli parlimen muslim beri sokongan kerana ini adalah berkait dengan usaha martabatkan mahkamah syariah yang merupakan kebanggaan milik semua umat Islam,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Pada sesi parlimen kali ini Ahli Parlimen PAS Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan RUU Akta 355 bagi meningkatkan hukuman mahkamah syariah terhadap sesuatu hukuman.

Bagaimanapun dalam perkembangan kini, UMNO BN telah menyatakan sokongan secara jelas terhadap RUU tersebut namun berbeza dengan PAN yang jelas menolak perkara itu.

Sementara PKR pula sehingga kini tidak menyatakan sebarang pendirian tentang perkara itu.

PAS sudah pasti berharap rakan kerjasama parti itu di Selangor akan menyokong RUU berkenaan apabila dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi yang bermula Isnin ini.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment