PAS pilihan kedua rakyat M'sia, selepas Umno - Nik Abduh

SHAH ALAM: Mereka yang mahu menggunakan PAS untuk kepentingan politik peribadi tidak akan berjaya dan semua pihak perlu menghormati parti itu sebagai pilihan kedua rakyat Malaysia, kata , kata Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan keyakinan untuk menjadi orang tengah untuk menghubungkan PAS dengan parti-parti pembangkang lain.

"PAS sedang menyeru kepada Gagasan Sejahtera. PAS sedang memimpin gerakan pembangkang dengan disiplin dan caranya.

"PAS membina tangga untuk rakyat sampai ke Putrajaya, bukan menjadi anak tangga kepada parti-parti lain.," kata Nik Abduh dalam catatan di akaun Facebook miliknya.

Ujar beliau, mereka yang berusaha untuk mengajak PAS menukar langkah ini adalah sama seperti tindakan buruk bekas pemimpin PAS dulu yang menyeru PAS mengubah halatujunya dan akan menjadi sia-sia.

"Di Malaysia, selepas Umno, PAS lah pilihan utama rakyat. Kenali dan akui ini sebelum berurusan dengannya.

"InsyaAllah, Dewan Pemuda PAS Malaysia kental memikul amanah besar ini," tambah beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana