PAS kalah pun masih dapat jawatan diberikan BN...Khalid Samad Sudah Meroyan BEbbb

PAS didakwa lebih cenderung melihat UMNO dan Barisan Nasional kekal berkuasa daripada ditumbangkan pembangkang nanti.

Kata Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad, ini kerana parti Islam itu dikatakan tetap akan mendapat tempat jika kerajaan hari ini terus menawan Putrajaya sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

“Saya dah katakan berkali-kali sebelum ini, PAS tiada masalah dengan keadaan di mana UMNO menguasai Putrajaya, di bawah UMNO sekalipun PAS ada tempat.

“PAS diberi ruang untuk bergerak di bawah pemerintahan UMNO BN. Dilantik dalam berbagai jawatankuasa dan kluster,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menyatakan PAS bukan anak tangga kepada parti-parti lain untuk mereka sampai ke Putrajaya.

Kenyataan Nik Abduh itu ekoran daripada usaha parti-parti pembangkang lain untuk menarik PAS menyertai mereka bagi menumbangkan kerajaan.

Malah menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, mereka yang mahu menggunakan PAS untuk kepentingan politik peribadi tidak akan berjaya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata penguasaan Putrajaya akan lebih bermakna jika PAS berjaya menggantikan UMNO BN sebagai pentadbir.

“Selama ini PAS anggap dirinya dianaktanggakan oleh PKR dan DAP melalui PR. PAS tidak sanggup jadi anak tangga pada pihak lain dan ingin parti lain menjadi anak tangga untuknya.

“Jadi pengganti penguasaan Putrajaya oleh UMNO mesti diganti dengan penguasaan oleh PAS. Kalau tidak ianya tidak bererti bagi PAS.

“Kalau tak boleh maka PAS lebih bersedia melihat UMNO terus kekal di Putrajaya,” ujarnya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment