PAS jumpa ahli MT UMNO bincang RUU 355, perkukuh hubungan

  Kerjasama PAS dengan UMNO mulai diperkukuh apabila PAS Kawasan Larut bertemu Ahli Parlimennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin agar menyokong Pindaan Akta 355 yang akan dibahas dalam sesi Dewan Rakyat tidak lama lagi.

pas-hamzah-zainuddinPertemuan lebih sejam yang diketuai Yang Dipertua PAS Kawasan Larut, Mohd Akmal Kamarudin itu membincangkan secara fokus mengenai isu tersebut serta beberapa isu tempatan dan nasional dalam keadaan yang baik.

Menurut Mohd Akmal, pihaknya begitu berharap agar kerajaan memberi sokongan penuh terhadap pindaan tersebut demi masyarakat Islam seluruhnya.

“Kita amat berharap agar beliau menyokong pindaan ini dan seterusnya dengan undi beliau Mahkamah Syariah akan dapat diperkasakan selaras dengan titah Yang Di Pertuan Agong baru-baru ini yang menggesa agar Mahkamah Syariah diperkasakan, daripada pertemuan tadi pihak kami yakin beliau akan menyokong,” katanya.

Pertemuan tersebut diadakan pada pagi Jumaat di Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

pas-hamzah-zainuddin-2Sementara itu, Hamzah yang juga Menteri KPDNKK dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam pertemuan tersebut bersetuju agar mahkamah syariah diperkasakan demi menjamin umat Melayu Islam bebas daripada maksiat.

“Kenapa bila undang-undang lain kita boleh sokong sedangkan undang-undang untuk memperkasakan Mahkamah Syariah ini kita tak boleh nak sokong”. katanya ringkas.

Turut hadir sama, Ketua Penerangan PAS Kawasan Larut, Abd Qahar Syams, AJK PAS Kawasan Larut Shahir Hasan, Norazihan Mohamad Dan beberapa AJK Pemuda PAS Larut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana