PAS bantah tindakan ahli Parlimen PH keluar dewan ketika pembentangan Bajet 2017

KUALA LUMPUR: PAS membantah tindakan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) keluar daripada Dewan Rakyat semasa pembentangan Bajet 2017 dan mengadakan tunjuk perasaan di lobi Parlimen.

Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan memberitahu tidak semua pengumuman bajet yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi disokong PAS, namun wakil rakyat parti itu memilih untuk menegur secara ilmiah menerusi perbahasan yang sihat.

"PAS mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperlihatkan sikap kita terhadap bajet dan Perdana Menteri yang membentang bajet pada hari ini.

"Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet, namun cara kita adalah mengemukakan pandangan dan hujah bantah secara ilmiah dalam perbahasan. Sebagaimana ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet," ujarnya menerusi kenyataan medianya, sebentar tadi.

Ahli Parlimen PH sekitar jam 6.00 petang tadi bertindak keluar dewan beramai-ramai bagi menzahirkan bantahan terhadap Najib apabila perdana menteri itu mengulas keadaan ekonomi semasa negara ini.

Najib berkata pembangkang mendakwa kerajaan Persekutuan bermain sandiwara dalam isu melibatkan ekonomi negara.

Najib kemudiannya bertanyakan kepada ahli Parlimen pembangkang 'siapa sebenarnya yang bersandiwara?'

Pertanyaan Najib itu berakhir dengan tindakan ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan.

Nasruddin kemudiannya berkata, PAS berpandangan Najib perlu diberi peluang untuk menghabiskan pengumuman bersabit bajet.

"Sikap PAS ini juga berasaskan Peraturan Dewan 41(1)(e) - masa seseorang ahli itu bercakap, semua ahli-ahli lain hendaklah diam dan tidak boleh menggangu dengan cara kurang adab," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana