Parti Mat Sabu nak ‘potong jalan’ usul Haji Hadi…

Mana boleh diam saja.Parti Amanah Negara (PAN) pimpinan Mat Sabu nampaknya tidak senang duduk dengan usul persendirian Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Dalam persaingan pengaruh yang sengit dengan parti lama mereka itu,PAN sudah ambil langkah yang boleh diandaikan untuk  ‘potong jalan’ PAS.

Ketika semua sedang tunggu apa cerita bila usul persendirian itu akan dibahaskan di Dewan Rakyat, PAN sudah muncul dengan usul untuk naiktaraf kuasa Mahkamah Syariah yang tersendiri.

Dewan Rakyat sesi kali ini mula bersidang Isnin hingga 24 November.

Wujudnya usul dari PAN mengenai cadangan itu dimaklumkan oleh Ketua Penerangan parti itu, Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam kepada wartawan di lobi Parlimen Isnin.

Beliau mendakwa usul berkenaan lebih hebat dan lebih menyeluruh berbanding apa yang dicadangkan oleh Haji Hadi.

Khalid juga mendakwa usul berkenaan yang telah dikemukakan kepada Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen PAN kawasan Kota Raja,Dr Siti Mariah Mahmud minggu lalu mendapat restu PKR dan DAP.

Beliau turut mendakwa usul PAN mengenai hal berkenaan lebih mudah diterima oleh semua pihak.

Khalid kata ia tidak akan melangkaui batas yang ditetapkan oleh perlembagaan negara.

Usul Haji Hadi kebelakangan ini terus mendapat tentangan dari DAP dan parti kompo0nen MB yakni MCA dan Gerakan.

Presiden PAS itu telah membentangkan usul persendirian beliau di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu yakni hari akhir sidang waktu itu.

Beliau mencadangkan usul itu dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang di bawah peraturan mesyuarat 15 (5).

Sebelum itu ,usul berkenaan telah disenaraikan sebanyak dua kali  dalam aturan mesyuarat tetapi tidak dapat dibentangkan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengambil ketetapan usul itu boleh dibentangkan berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 14 (2) dan 15 (1).

Haji Hadi ketika membentangkan usul itu berkata ia bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Beliau berkata ia juga bagi memasukkan seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana