Pakatan Mengaku Kalah, 3 Penjuru Tak Boleh Dielakkan Dah

DALAM pemimpin Pribumi ke hulu ke hilir berusaha menyatukan masing-masing PAS, PAN dan DAP bagi mengelak pertembungan 3 penjuru (atau lebih) dalam PRU14 yang akan datang, PAN dalam satu kenyataan terbarunya, nampaknya bersikap lebih realistik apabila mengaku pertandingan 3 penjuru ini dah tak boleh dielak daalm PRU13 kelak.

Undi hanya parti-parti Pakatan Harapan sajalah kata mereka.  Maksudnya kalau ada parti Pakatan kat situ, ada jugak PAS dan BN, undi yang Pakatan tu sajalah.

Mungkin PAN tengok Muhyiddin jumpa PAS pun gagal mencapai kata sepakat, habislah, apa nak diharapkan lagi?  PAS adalah kunci kepada percaturan yang rumit ini, kalau PAS tak boleh nak mengalah, habislah semuanya.

PAS pulak kalau mengikut puak-puak ni, mana letak maruah dia?  Dah henyak, dilanyak oleh DAP termasuk dipecah 2 dengan wujudnya PAN pun, masih nak bekerjasama lagi?

Tak hairan kenapa Pribumi bersedia menghadapi kemungkinan diharamkan kerana berkeras nak jugak guna akronim Bersatu (bukan PPBM seperti dalam pendaftarfan rasmi), sebab mungkin dia (Pribumi) silap-silap tak akan sampai ke situ pun (PRU14).  Adalah membuang masa sahaja Pribumi bertanding dalam pilihanraya kalau pertandingan sesama parti pembangkang ini tidak boleh dielakkan.

Bukan cakap style ahli nujum ni tapi berdasarkan statistik dalam PRU13, PRN Sarawak dan 2 pilihanraya kecil selepas itu.  Semua kawasan dimana pembangkang bertembung sesama mereka, semuanya yang kalah, satu pun tak menang.

Mengetahui kepentingannya, tak hairan kenapa Mahathir menjadikan soal ini sebagai halangan pertama yang perlu diselesaikan sebaik dia secara rasmi menjadi pemimpin pembangkang dan ini bukanlah rahsia umum, dah dinyatakan banyak kali di beberapa tempat pun.

Tapi dengan bagaimana ini boleh berlaku kalau parti-parti yang nak disatukan ini pun menolak dan mengalah awal-awal lagi?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana