OTAI REFORMIS PKR DAKWA TUN MAHATHIR BUAT KERJA PANDIR!!!

Otai Reformis mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang kini cuba mempengaruhi Majlis Raja-raja dan Yang DiPertua Negeri untuk menerima Deklarasi Rakyat, dalam usaha mendesak Perdana Menteri letak jawatan.

Menurut Presidennya Saari Sungib, banyak pihak yang tidak tahu sejauh mana deklarasi ini mewakili secara keseluruhan suara rakyat kerana agenda yang dibawa tidak didedahkan kepada umum selain masih samar hingga kini.
"Apa locus-standi dia (Mahathir)? Apa asas dia? Adakah ia merupakan satu gesaan rakyat umum? Keseluruhannya bagaimana?

"Selain daripada nak buat kebangkitan rakyat, kesedaran rakyat, itu kita biasa buat dengan hantar memo dengan harapan ia akan diambil kira.

"Tapi Deklarasi Rakyat ni keseluruhannya tak semua orang (nyata) persetujuan. Contoh golongan reformis jalanan, mereka tak setuju," katanya kepada Antarapos.
Tun Mahathir sekali lagi didakwa ingin 'mencuba nasib' dengan menghantar surat kepada semua Majlis Raja - Raja dan Yang Dipertua Negeri memaklumkan mereka mengenai gerakan Deklarasi yang diketuainya sebelum ini.

Dalam laporan yang disiarkan melalui media, Bekas Perdana Menteri tu sebelum ini gagal untuk mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung deklarasi tersebut.

Menurut Tun Mahathir, surat yang dihantar pada 4 Oktober lalu itu merupakan diantara salah satu 'usaha' pihaknya untuk menjatuhkan Perdana Menteri memandangkan persidangan Majlis Raja-raja bakal bersidang esok.

Katanya, surat itu turut memaklumkan pertemuannya dengan YDPA di Istana Anak Bukit, Alor Setar, pada 15 September lalu dan juga mendakwa, Majlis Raja-raja dan YDPA mempunyai hak dalam perlembagaan untuk bertindak menangani masalah yang dihadapi rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana