Orang Melayu perlu boikot Malaysiakini

 Orang Melayu digesa memboikot dan berhenti daripada melayari portal berita liberal Malaysiakini yang bermotifkan anti-Melayu dan Islam.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mt Dali berkata, portal liberal berkenaan sering memanipulasi isu dan memprovokasikan umat Islam terutama dalam isu-isu berhubung Islam dan Melayu.

“Ini jelas portal Malaysiakini bermotifkan anti-Melayu, anti-Islam, pro liberal dan melanggar semangat Perlembagaan negara.

“Justeru, orang Melayu perlu boikot Malaysiakini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ini berikutan portal lidah liberal berkenaan kerap menyiarkan artikel dan bahan-bahan laporan yang anti-Islam serta Melayu, dan ia konsisten sehingga kini.

Terbaru, isu berkaitan piawaian halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjadi sasaran Malaysiakini untuk menyerang institusi agama itu sekaligus membuka ruang provokasi daripada kumpulan liberal.

Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memperjelaskan isu status permohonan halal sebuah kedai roti francais yang diviralkan di laman sosial tersebut, namun Malaysiakini berterusan menyiarkan artikel dan berita ‘sampah’ yang menghentam Jakim.

Artikel yang disiarkan di Malaysiakini telah memutarbelitkan kenyataan Jakim dengan membanding-bandingkan status halal makanan tempatan dengan beberapa nama makanan makanan yang dilihat mengundang kekeliruan kepada orang Islam.

Selain itu, Malaysiakini juga kerap memanipulasikan dan mengelirukan laporannya berhubung isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan berterusan menamakan akta itu sebagai ‘hudud’.

Portal itu juga sering menyiarkan berita mengikut sudut yang mengundang kemarahan dan kebencian pembaca terhadap hukum Islam, institusi dan tokoh Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana