Orang Macam Ini Tak Boleh Dipercayai Lagi.....

Hebat betul Ezam Mohd Noor. Dulu UMNO. Selepas keluar UMNO, masuk PKR. Hilang jawatan masuk UMNO kembali. Bila hilang jawatan Senator, keluar UMNO. Masuk Parti Cap Bunga Raya. Bila keluar UMNO bagi alasan keluar kerana DS Mohd Najib Tun Razak tidak mahu hapuskan OSA. Agaknya masuk Parti Cap Bunga Raya, Pengerusinya tolak OSA? 

Beliau lupakah Tun Dr Mahathir Mohammad merupakan orang yang sumbat beliau ke dalam dalam penjara menggunakan OSA. Betul-betul beliau tidak ada prinsip dan maruah diri. Itu belum lagi orang bertanya apakah kandungan 6 kotak yang beliau dakwa mempunyai berpuluh-puluh bukti rasuah. Patutlah orang UMNO panggil kamu Senator Kotak. Memang tak ada otak.

Berapa kotak pula yang dijanjikan kepada Parti Cap Bunga Raya oleh Ezam Mohd Noor untuk dibongkarkan? Mursyidul Am Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mat Arip boleh tolong usung kotak-kotak berkenaan walaupun sakit kencing manis kuat. Jangan terkejut kalau Zahid Mat Arip esok-esok cium tangan Anwar Ibrahim. Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi-tinggi.

Apa pun, inilah sebenarnya yang dinamakan dunia politik di mana musuh tidak akan kekal selama-lamanya sebagai musuh dan kawan tidak akan kekal selama-lamanya sebagai kawan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana