Noh bidas Azmin, masalah air S’gor tiada penghujung

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar yakin masalah air yang menggangu penduduk negeri Selangor akan berterusan memandangkan masalah itu sudah berulang lebih sembilan kali.

Menurut Noh, ini kerana kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak pernah merancang untuk mengatasi masalah air seperti yang dilakukan Barisan Nasional (BN).

“Bila berlaku baru mereka nak pergi tengok, baru nak siasat. Patutnya mereka duduk bersama-sama berbincang untuk membuat perancangan jangka panjang 10 tahun akan datang. Kalau tak tahu nak rancang serah kepada BN, kita tahu apa nak buat.

“Kerajaan Persekutuan sebelum ini merancang untuk pastikan bekalan air berterusan, kita rancang buat Loji Langat 2 bukan untuk setahun dua punya program. Tetapi bila kita rancang, kerajaan negeri pula halang. Kenapa? Kerana ini projek BN, patutnya kalau melibatkan rakyat patut dibenarkan,” kata Noh.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas sesi Townhall Pelan Induk Kesejahteraan Rakyat di Bandar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis.

Mengulas mengenai kenyataan terbaru Azmin yang mendakwa masalah air akan berterusan di Selangor, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata perkara itu sudah tentu tidak mustahil.

“Saya tak hairan kalau masalah ini berterusan. Dasar kerajaan negeri berdasarkan kenyataan yang dibuat exconya bukan rancang mengatasi masalah air dia selesaikan masalah air yang sedang berlaku dan cari puncanya. Dia gagal merancang bermakna dia merancang untuk gagal,” katanya.

Sepatutnya, Azmin diarah mengambil langkah drastik seperti merobohkan kilang haram di kawasan yang berdekatan dengan loji air.

“Sampai bila kilang haram nak bermaharajalela di tepi sungai kawasan Semenyih. Peniaga kecil yang cari makan tepi jalan pandai pula dirobohkan. Kenapa kilang ini tidak dirobohkan?

“Kalau tak roboh sekalipun kenapa tak ambil tindakan tegas? Jangan bila berlaku baru ambil tindakan tegas,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana