Nik Aziz suruh sertai BERSIH, kata Husam Musa....Pening Ker Husam Musa Kot

SHAH ALAM: Bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya mengarahkan ahli parti itu agar menyertai BERSIH, dakwa ADUN Salor, Datuk Husam Musa.

"Saya nak ulang sekali lagi, bagi yang was-was sampai BERSIH pun tak boleh hadir, minta maaf saya tak mahu apologetik, Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir BERSIH, masa dia hidup.  

Husam berkata demikian mengulas pendirian PAS kini yang enggan menyertai himpunan BERSIH 5 selepas mengamalkan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).

PAS sejak memutuskan hubungan dengan DAP, berkeputusan tidak menyertai himpunan BERSIH 4.

Natijahnya bukan hanya BERSIH malah himpunan lain yang dianjurkan pembangkang tidak mendapat sambutan dan berakhir dengan hambar.

"Ada orang kata dia lebih rapat dengan Tok Guru daripada Husam. Tapi dia sudah lupa apa Tok Guru pesan. Tok Guru kata wajib hadir, Harakah letak muka surat depan. Dan semalam Harakah tulis muka surat depan, tak hadir BERSIH 5.

"Tok Guru pesan, saya masih ingat, tuan-tuan pun masih ingat, hadir BERISH dan bawa air sembahyang biar ada wuduk. Dimana azan bergema, di situ kita solat jemaah. Tunjukkan rakan-rakan kita, orang Cina dan India disiplin sebagai seorang muslim," ujarnya lagi.    

Husam yang kini menyertai Amanah buat kesekian kalinya mendakwa parti yang dipimpin Mohamad Sabu itu mewarisi semangat perjuangan Allahyarham Nik Aziz.

Husam sebelum ini pernah ditegur anak kepada Allahyarham Nik Aziz , Nik Abduh agar tidak lagi menggunakan nama bapanya untuk tujuan politik dan meraih sokongan ahli PAS.

Husam sebelum ini dipecat daripada PAS selepas kerapa kali mengkritik kepimpinan PAS secara terbuka.

"Dan Amanah, alhamdullillah pada pendapat saya mewarisi semangat perjuangan Tok Guru Nik Aziz," ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana