Nik Abduh ulangi DAP musuh Islam...Habis MADEY and Sokongan Orang Melayu Pada DAP Tu?

Bukan sekali, bukan dua kali tapi sudah berkali-kali Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ini mengulangi bahawa DAP adalah musuh umat Islam di negara ini.

Selain DAP, kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu, sekutu kuat DAP dalam Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (PAN) yang diasaskan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang berpaling tadah pula adalah fitnah dalam tubuh umat Islam.

“InsyaAllah, musuh Islam akan tumbang dan fitnah akan lebur di bumi Malaysia bertuah ini,” tegasnya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau.

Terdahulu, Nik Mohamad Abduh berkata, beberapa siri dialog bersama masyarakat non muslim anjuran PAS menunjukkan mereka berpuas hati dengan usaha untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, ujarnya, bukan Islam yang menolak usaha tersebut terkeliru berhubung perkara itu disebabkan maklumat-maklumat bohong dan palsu yang mereka terima daripada DAP dan PAN.

Selain DAP dan PAN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan pada tahun lalu.

Pakatan Rakyat dibubarkan bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana