NGO CABAR PENGANJUR BERSIH 5.0 BERDEBAT!!!




Petang semalam berlangsung satu sidang media di Aras 5 Blok E Wisma Darul Aman oleh Pengerusi Persatuan Pengukuhan Perpaduan Rakyat Pulau Pinang iaitu Peter Chew dan EXCO Kerajaan Negeri Kedah yang juga merupakan Penasihat Persatuan Pengukuhan Perpaduan Rakyat Pulau Pinang YB Dato Dr Leong Yong Kong yang membuat cabaran debat terhadap pihak penganjur Konvoi Bersih 5.0.

Menurut Peter Chew, beliau berpendapat yang Konvoi Bersih 5.0 tidak akan memajukan negara sebaliknya akan memudaratkan negara. Oleh itu beliau mencabar penganjur Konvoi Bersih 5.0 untuk berdebat dengan beliau secara satu lawan satu ataupun 2 lawan 2 di mana beliau akan bergandingan dengan YB Dato Dr Leong Yong Kong untuk berdebat dengan 2 orang wakil daripada pihak penganjur Konvoi Bersih 5.0 dengan tajuk debat "KONVOI BERSIH 5.0 AKAN MEMAJUKAN NEGARA ATAU SEBALIKNYA?".

Peter Chew dan YB Dato Leong Yong Kong berharap agar pihak penganjur Konvoi Bersih 5.0 akan menyahut cabaran itu dengan berani dan baik. Mereka juga turut menyeru kepada rakyat Malaysia agar jangan menyertai Konvoi Bersih 5.0 sekiranya pihak penganjur tidak berani menyahut cabaran debat. Sesiapa sahaja daripada penganjur Konvoi Bersih 5.0 boleh menjadi wakil serta boleh diadakan di mana sahaja yang mereka mahu.

Jadi kepada pihak penganjur Konvoi Bersih 5.0, inilah masanya untuk kalian menyahut cabaran dalam erti kata yang sebenar. Apa guna jika hanya berani turun ke jalanan semata tanpa berani turun berdebat di dalam majlis ilmiah? Buktikan yang pihak penganjur Bersih 5.0 ini bukannya terdiri daripada mereka yang lekeh dan bacul!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana