Nampak Sangat lah Otak Letak Dikepala Lutut!!!!! Tunggu PRU, tak perlu libat Majlis Raja-Raja

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas langkah pembangkang yang cuba mengheret Majlis Raja-Raja untuk kepentingan peribadi bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatannya.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata pembangkang sepatutnya menghormati proses demokrasi negara dan tidak terburu-buru sebaliknya tunggu pilihan raya umum (PRU) diadakan nanti.

“Kerajaan dan pemerintahan sekarang dipilih oleh rakyat. Mahfuz ni belajar dari mana, barangkali dia orang ini gila kuasa. Kalau nak (tukar perdana menteri), tunggulah sampai pilihan raya Umum akan datang.

“(Itupun) kalau kamu boleh menang tapi saya berkeyakinan kamu tak boleh menang. Jadi dia (Mahfuz) akan buat apa-apa cara nak dapat kuasalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebuah majlis di Putrajaya pada Selasa.

Tengku Adnan mengulas mengenai desakan dibuat oleh Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mahu Majlis Raja-Raja campur tangan untuk mendesak Najib letak jawatan semalam.

Tambah beliau, Yang di-Pertuan Agong telah menyatakan baginda enggan campur tangan mengenai urusan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

“Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong telah sebut walaupun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu (baginda) di Alor Setar, dia takkan campur.

“Saya percaya Majlis Raja-Raja pun tak nak campur. Majlis Raja-raja tahu ikut undang-undang apa yang patut ia laksanakan dan jangan lupa, negara kita negara raja berperlembagaan. Kita ikut perlembagaan yang ada,” katanya.

Semalam, Mahfuz dalam satu kenyataan berkata Majlis Raja-Raja boleh menyatakan hilang kepercayaan terhadap perdana menteri.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-242 dijangka mendapat perhatian susulan pemilihan Yang di-Pertuan Agong yang baru. Mesyuarat pramajlis akan berjalan hari ini diikuti mesyuarat rasmi selama tiga hari yang akan berakhir 14 Oktober (Jumaat).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana