Mursyidul Am PAS Baru Lebih Tegas Dan Berani Terus Tentang DAP

Ada pihak yang meramalkan bahawa pelantikan bekas Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS yang baru akan membuatkan hubungan PAS dan DAP kembali baik.

Bagaimanapun, ramalan itu nampak lemah apabila beliau membuat pendirian tegas untuk terus menentang DAP walaupun terpaksa berdepan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Menurut beliau, PAS tidak akan bekerjasama dengan DAP akan meletakkan calon bagi menentangnya pada PRU ke-14 nanti.

Hashim berkata, pihaknya tidak akan gentar untuk meletakkan calon di mana-mana kerusi pilihan raya termasuk di kerusi yang dimenangi oleh DAP sebelum ini.

“Tiada kerjasama, hubungan PAS dan DAP memang putus kerana tindakan mereka sendiri yang memungkiri janji dengan tidak mahu bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Nak jadi (pertembungan) tiga penjuru, jadi la…PAS akan bertanding di mana DAP bertanding. Mereka perlu ingat kemenangan mereka sebelum ini turut dibantu PAS,” katanya.

Beliau yang kini sudah menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din merupakan seorang yang amat berpengalaman dalam politik dan disenangi oleh orang ramai. Dia mampu memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Arau pada 1998 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih Timbalan Perdana Menteri dan Pengarah Pilihan Raya Pusat.

Dalam pertembungan satu lawan satu itu, Hashim memenang kerusi Parlimen Arau dengan majoriti 1,323 undi mengalahkan calon BN, Ismail Kassim.

Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau bertanding dan menang kerusi kerusi DUN Sanglang dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN Datuk Mastika Junaidah Husin.

Manakala dalam Pilihanraya Umum 2008, Hashim sekali lagi memenangi DUN Sanglang selepas Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan DUN Sanglang dimenangi oleh beliau dan kemenangan calon BN Abdullah Hassan pada 8 Mac 2008 dibatalkan.

Di pihak DAP, pastinya mereka akan cuba memujuk Hashim supaya lembut hati dan kembali memberi laluan kepada pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dengan Barisan Nasional (BN) biarpun tidak bersama dalam pakatan pembangkang.

Kita lihat sejauh mana pendirian Mursyidul Am PAS yang baru ini akan kekal bertahan. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana