Muka Midin Tak Tahu Maluuuuu Sanggup Pergi Ke Mahkamah!!!!Selepas Tun M, Kini Muhyiddin Temui Anwar

PETALING JAYA: Jika sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad, hadir pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini giliran Tan Sri Muhyiddin Yassin pula muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat ke bilik saksi dan mengadakan pertemuan dengan Anwar selama kira-kira 30 minit.

Wakil media yang membuat liputan perbicaraan kes melibatkan Anwar turut merakamkan kehadiran bekas Timbalan Presiden Umno itu.

Media turut melaporkan, sebaik sesi perbicangan tamat, Muhyiddin ketika ditemui berkata, beliau hadir untuk memberi sokongan moral kepada Anwar.

Beliau bagaimanapun enggan memaklumkan intipati perbincangan dengan bekas ketua pembangkang itu.

Katanya, sebagai presiden PPBM, pertemuan dengan Anwar penting bagi mewujudkan kerjasama dengan matlamat untuk menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

"Beri sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar. Dah lama tak jumpa.

"Beliau de facto PKR, saya rasa penting untuk berhubung supaya kerjasama dapat terjalin," katanya.

Anwar hadir di mahkamah melibatkan kes saman fitnah RM100 juta ke atas Utusan Melayu.

Kes berkenaan diselesaikan secara baik selepas syarikat akhbar itu membaca kenyataan kesalnya.

Ia berhubung laporan yang mengaitkan Anwar dengan isu pencerobohan oleh sekumpulan lelaki asing bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Mac, 2013.

Sehubungan itu, kenyataan kesal itu perlu diterbitkan di muka surat dua atau tiga akhbar Utusan Malaysia dalam masa dua minggu dari tarikh hari ini.
Penyelesaian itu direkodkan oleh Hakim Datuk Noraini Abdul Rahman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar diwakili oleh peguam Datuk S Ambiga manakala Utusan oleh Wan Aziz Wan Majid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana