Muhyiddin Tiada Prinsip Bertanggungjawab - Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai seorang yang tiada prinsip bertanggungjawab ketika membahaskan Bajet 2017 di persidangan Dewan Rakyat Rabu.

Annuar berkata hujahan bekas timbalan perdana menteri itu khususnya berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bertentangan dengan kenyataan beliau semasa masih berada dalam Kabinet.

"Beliau menghuraikan membuat teguran tertentu ketika dalam Kabinet.

"Bagaimanapun sepanjang pengetahuan saya, semasa mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (Umno), dalam majlis rasmi atau tidak, Muhyiddin tidak pernah bersuara secara tegas dan banyak membisu mengenai banyak isu yang diutarakan sekarang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Annuar turut melahirkan kekecewaan dengan sikap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu yang tidak memberi laluan kepadanya untuk mencelah bagi membuat penjelasan mengenai dakwaan yang telah dibangkitkan itu.

"Sebahagian besar ucapannya tadi hanya dibuat setelah dipecat daripada parti dan pendirian itu selepas beliau berada bersama pembangkang.

"Malah, sampai ke sudah beliau memilih monolog dan itu tidak menggambarkan sifat seorang anggota Parlimen yang baik," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana